Resepi Puding Roti Pelangi Yang Sedap Tapi Sangat Mudah Dibuat

44240
Cantikknya resepi puding roti pelangi ni. Bila dah jadi macamni, kejap je habis.Sesuai sangat buat bila roti dah nak capai tarikh luput. Berbaloi buat .

Hari ini kami kongsikan resepi puding roti pelangi untuk anda buat dengan baki  roti yang masih banyak tapi tempoh tarikh lupt yang hampir. Yelah, roti biasanya tak bertahan lama kan. Sekadar 3-5 hari sahaja.Kadang-kadang masih lagi tinggal separuh tapi esok dah nak capai tarikh luput.

Oleh sebab itu, banyak kami kongsikan resepi puding roti marble, puding roti karamel, kukus dan macam-macam lagi untuk anda pelbagaikan cara untuk habiskan roti dalam cara yang sedap.

Untuk resepi puding roti pelangi ni, bahan dan cara penyediaan senang je. Kali ini menggunakan agar-agar jenis tali untuk membentuk puding. Anda boleh cari di pasaraya seperti Tesco,Giant untuk dapatkan agar-agar bertali ni.

Sedikit tips untuk agar-agar jenis ini. anda kena basuh bersih dan bila nak larutkan, pastikan air di didihkan dulu dan barulah masuk agar-agar tali ni. Kacau dan biarkan ianya hancur sebati baru masukkan bahan lain seperti gula atau susu cair atau apa-apa bahan. Ini langkah rahsianya.

BACA DI LINK BARU : Nasi Goreng Simple Sama Seperti Hasil Air Tangan Emak Zaman Kecik

Bila bahagian larutkan agar-agar ini betul ,hasil puding roti anda pun menjadi cantik dan licin.

Terima kasih kepada Puan Zura Zul di atas sumbangan resepi puding roti yang berguna pada kita semua.Semoga puan dimurahkan rezeki berpanjangan.

Cantikknya resepi puding roti pelangi ni. Bila dah jadi macamni, kejap je habis.Sesuai sangat buat bila roti dah nak capai tarikh luput. Berbaloi buat .

Bahan Resepi Puding Roti Pelangi : 

Bahan A

  • 20 gram agar agar tali dicuci bersih
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Didihkan air di dalam periuk , baru masukkaan agar-agar tali hingga hancur dan larut baru masukkan gula ya. Ketepikan seketika.

Bahan B

  • 4 keping roti gardenia dicarik kecil dan dibuang bahagian tepi
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Secubit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara Penyediaan Resepi Puding Roti Pelangi Sedap :

#1: Kisar semua Bahan B kecuali pewarna hingga hancur sebati. Kalau nak lagi cantik tapiskan. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang mengandugi air agar-agar tadi.Kacau sebati dan bila dah mula memekat, tutup api.

#2: Bahagikan adunan ke 4 bahagian dalam anggaran 1/2 cawan. Baki adunan akan dijadikan lapisan bewarna putih . Warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan anda. Basahkan sedikit loyang atau acuan pilihan, lepas tu tuang secara berselang seli adunan yang bewarna bagi membentuk corak puding bewarna warni.

Cantikknya resepi puding roti pelangi ni. Bila dah jadi macamni, kejap je habis.Sesuai sangat buat bila roti dah nak capai tarikh luput. Berbaloi buat .

Biarkan adunan ini 10-15 minit di bawah kipas untuk ianya membeku sedikit sebelum dituang dengan adunan tanpa pewarna tadi dengan perlahan. Boleh guna kaedah tuang di atas senduk untuk elakkan adunan pelangi rosak.Panaskan adunan tanpa pewarna jika ianya sejuk sebelum dituang ke dalam loyang.

#3: Simpan dalam peti sejuk bahagian biasa sekitar 2-3 jam untuk bagi puding roti pelangi anda membeku. Bila nak makan, terbalikkan dan potong. Loyang segi empat sesuai digunakan.

Siap dah resepi puding roti pelangi untuk anda cuba.Senang dan sedap.Rasa lemak berkrim hasil penggunaan susu cair dan roti.