Resepi Puding Susu Lumut Sirap Ros Sedap Dan Best.Mudahnya Buat.

25423
Nampak pun dah tahu sedap resepi puding susu lumut sirap ros ni. Bahan-bahan pun ringkas je untuk buat. sesuai dihidangkan untuk apa jua majlis.Boleh cuba ni.

Hari ini kami akan kongsikan resepi puding susu lumut sirap ros yang cantik dipandang dan sedap dimakan. Ada 3 lapisan semuanya yang terdiri daripada dua perasa utama. Memang sedap dimakan sejuk dan sesuai dihidangkan dalam apa jua majlis kan.

Nak buat resepi puding susu ni memang eloknya anda baca tips yang kami sediakan ini.

1- Untuk lekatkan setiap lapisan, selepas lapisan sebelum telah beku, cakar lapisan dengan garpu bagi membentuk lorekan. Ini akan lekatkan antara dua bahagian dan elakkan daripada jatuh.

2- Bagi agar-agar tali, ianya memerlukan masa untuk sebati sepenuhnya. Cara yang paling sesuai ialah didihkan air terlebih dahulu dan baru dimasukkan agar-agar tali sahaja. Masak hingga sebati semuanya dan barulah ditambahkan dengan bahan lain seperti gula, susu.

BACA DI LINK BARU : Kuih Permata Zamrud Best Yang Sedap Untuk Anda Cuba

3- Kalau anda tak mahu perwarna tiruan ,boleh gunakan pewarna semula jadi seperti pandan untuk hijau, strawberi untuk merah, oren untuk oren dan buah beri untuk warna biru keunguan.

Terima kasih kepada Puan Zura Zul di atas sumbangan resepi puding susu lumut .Siap disertakan video sekali. Moga Puan dimurahkan rezeki sentiasa.

Nampak pun dah tahu sedap resepi puding susu lumut sirap ros ni. Bahan-bahan pun ringkas je untuk buat. sesuai dihidangkan untuk apa jua majlis.Boleh cuba ni.

Bahan Resepi Puding Susu Lumut :

Bahan A :

  • 10 gram agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Secubit garam

Cara Buat Bahan A :

#1: Didihkan air kosong dahulu dan bila mendidih, baru masukkan agar-agar tali dan larutkan hingga sebati. Tambah gula,susu cair dan secubit garam serta dikacau lagi hingga sebati. Tunggu adunan mendidih sekejap. Tutup api.

Bahagi dua adunan dan masukkan pewarna ikut suka. Tuang lapisan pertama ke dalam loyang 8×8 dan biarkan 15 minit. Lorek sedikit lapisan dengan garpu dan tuangkan pula lapisan kedua. Biarkan 15 minit. Kita akan tuang Bahan B pula.

Bahan B :

  • 10 gram agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 /2 cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • Secubit garam
  • Sedikit sirap ros

Cara Buat Resepi Puding Susu :

#1: Didihkan air kosong dahulu dan bila mendidih, baru masukkan agar-agar tali dan larutkan hingga sebati.Tambah masuk gula, daun pandan dan sirap ros. Kacau sebati.

Dalam bekas lain, kacau telur bersama santan hingga sebati dan barulah dituang dalam periuk agar-agar tadi. Kacau rata dan masukkan secubit garam.

#2: Masak hingga mendidih dan menjadi lumut. Tutup api dan biakan suam. Sebelum dituang ke atas permukaan lapisan puding yang telah beku dan siap dilorek, kacau dulu adunan dan barulah tuang perlahan-perlahan.

Seeloknya tuang ke atas senduk untuk elakkan puding anda menerima tekanan yang boleh buatkan ianya berlubang.

Biarkan 15 minit dan barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Selepas 2 jam, dah siap dah resepi puding susu anda dan bolehlah potong dan dihidangkan. Selamat mencuba resepi puding mudah ini.

Nampak pun dah tahu sedap resepi puding susu lumut sirap ros ni. Bahan-bahan pun ringkas je untuk buat. sesuai dihidangkan untuk apa jua majlis.Boleh cuba ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom