Resepi Puding Trifle Lengkap Beserta Tips Elak Kastard Berketul

9018
Sedapnya resepi puding trifle ni.Tambah-tambah ada tips kek gulung mana yang sedap,cara elak kastard berketul.Memang kena buat puding trifle resepi ni.

Sebut sahaja resepi puding trifle,terus terbayang dalam kepala keenakkan lapisan kek gulung yang dilapisi dengan tepung kastard serta rasa masam manis buah koktail terendam dalam jeli.

Aduh,mesti anda terbayang-bayang ya.

Antara kek gulung atau swill roll cake yang sesuai digunakan adalah daripada jenama King’s.Ianya kurang manis dan lembut.Sesuai untuk dijadikan lapisan bawah puding trifle.

Kalau anda mencari cara buat resepi puding trifle beserta tips ,di sini lah tempatnya.

Ramai yang mengadu bertanya pada saya cara yang betul untuk elakkan tepung kastard berketul dan hangus.

So cara yang betul adalah,sebelum masak tepung kastard,campurkan bahan mentah tepung kastard beserta susu cair atau air bergangtung kepada sesuatu resepi dan kacau terlebib dahulu sehingga adunan menjadi sebati tanpa sebarang ketulan. Memang sedikit ambil masa tapi hasilnya wow.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer

Selepas itu barulah masak bancuhan tepung tadi di atas api menggunakan API SEDERHANA KECIL untuk elakkan hangus.Biar lambat sedikit asalkan hasilnya wow.

Satu lagi tips untuk resepi puding trifle ni adalah, gunakan loyang/bekas empat segi berbanding bulat.Anda lebih mudah untuk lapiskan kek gulung bagi menuhi ruang.Tambahkan baki kek menutup ruang di antara kek gulung.Cara ini pastikan lapisan kastard tidak memasuki ruang kek.Kek juga dilembabkan dengan sedikit air koktail bagi mendapatkan rasa kek yang lembab.

Terima kasih Puan Zarina Ibrahim atas resepi puding ini.

Sedapnya resepi puding trifle ni.Tambah-tambah ada tips kek gulung mana yang sedap,cara elak kastard berketul.Memang kena buat puding trifle resepi ni.

Bahan Resepi Puding Trifle Sedap :

  • 1  gulung Kek Swiss Roll Pandan

Bahan Lapisan Kastard :

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan kastard
  • 2/3 cawan gula
  • 3 cawan air
  • Lebihan air cocktail

Bahan Puding Jelly :

  • 1 kotak Jelly 90 gram jenama Nona
  • 400 ml air

Bahan Koktail :

  • 1 tin isi buah-buahan koktail yang diasingkan air dan isinya

Cara Penyediaan Resepi Puding Trifle  Koktail :

#1: Tapis asingkan isi buahan koktail dan airnya.Air kita akan guna di bahagian lapisan kustard nanti.Potong kek gulung dan susun pada dasar loyang/bekas.Guna bekas empat segi lebih senang daripada bekas bulat.Padat dan rapatkan.Isi celah ruang dengan baki kek gulung. Ambil 2,3 sudu air koktail dan lembabkan kek .Lembabkan bukan basahkan ya.

#2: Dalam satu periuk, masukkan tepung kastard, susu cair, air dan lebihan air koktail tadi, kacau terlebih dahulu supaya sebati dan tepung kastard tidak berketul.Bila dah sebati baru masak dengan api kecil di atas dapur. Masukkan gula dan sentiasa kacau dengan whisk sehingga likat dan mulai pop buih.Tutup api dan tuang ke atas lapisan kek tadi.

Sedapnya resepi puding trifle ni.Tambah-tambah ada tips kek gulung mana yang sedap,cara elak kastard berketul.Memang kena buat puding trifle resepi ni.

#3: Tabur isi koktail pada lapisan kastard.Anda juga boleh guna buah peach,laici.Sedap.Seterusnya masa untuk memasak jelly Nona.Ikut arahan penyediaan di belakang kotak.Ikuti dengan betul supaya puding trifle anda betul-betul  menjadi dan rasanya sangat sedap.

#4: Dah masak air Jelly, tuang ke dalam bekas puding.Sejukkan di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais dalam anggaran 2 jam.Siap untuk dihidangkan.

Memang sedap kan puding trifle ni bila dijamu dalam majlis hari lahir dan sebagainya kan.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom