Resepi Pulut Bangkok Yang Best.Anda Pernah Makan ?

2400
Kalau ada pisang nangka lebih tu, apakat buat resepi pulut bangkok. Memang puas hati. Lemak pulut, manis dengan masin semua ada bersatu dalam satu suapan.Best.

Hari ini kami kongsikan resepi pulut bangkok atau pulut pisang yang sedap tau. Pulut yang dikukus bersama pisang dan digaul dengan kelapa yang dimasak memang sedap. Lembut,lemak dan manis.

Untuk penggunaan pisang, yang paling best adalah pisang nangka.Ambil yang tahap masak sederhana. Bukan mentah atau terlebih ranum. Sebab nanti kukus, pisang akan jadi lembik sedikit. Kalau anda takde pisang nangka, boleh je guna pisang apa-apa jenis. Pisang beranganke ,pisang emas ke. Tapi kalau nak cantik, pisang yang jenis panjang.

Untuk pulut yang cantik, gunakan beras pulut biasa.Bukan beras pulut susu. Perbezaan beras pulut biasa dengan beras pulut susu ialah saiz beras. Beras pulut biasa lebih panjang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Steamboat Sedap Dan Best Di Rumah Sendiri. Menarik

Kalau anda suka bewarna, boleh masukkan pewarna hijau atau kesukaan. Nak gunakan pewarna daripada jus pandan pun boleh.Amat-amat digalakkan lagi. Baru cantik resepi pulut bangkok ini.

Terima kasih kepada Puan Raja Amalina di atas sumbangan resepi pulut bangkok atau pulut pisang ini kepada kami semua. Nanti boleh la cuba kan.

Cawan yang digunakan adalah cawan metrik 250 ml. Senang ukuran standard.

Bahan Resepi Pulut Bangkok Sukatan Cawan :

  • 500 gram beras pulut
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2cawan santan pekat
  • sedikit pewarna hijau
  • 1sudu kecil garam
  • 2helai daun pandan

Bahan Untuk Kukus Pisang :

  • Daun pisang yang dilayur terlebih dahulu
  • 6 biji pisang nangka masak

Bahan Gaul Kelapa Sira :

  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji kelapa parut lapisan putih sahaja
  • 1 sudu teh gara
  • 1 helai daun pandan simpul

Cara Buat Resepi Pulut Bangkok :

#1: Rendam beras pulut dengan pewarna hijau 2-3 titik atau jus pandan selama 1 jam 30 minit-2 jam. Selepas itu baru toskan balik dan masuk dalam bekas. Tambah santan, air, garam dan daun pandan simpul.

Sementara itu panaskan pengukus terlebih dahulu. Barulah kukus pulut setengah masak dalam anggaran 10 minit sahaja. Keluarkan pulut dan cedok letak rata atas daun pisang yang telah dilayur. Guna saiz besar bergantung pada saiz pulut anda.

Kalau ada pisang nangka lebih tu, apakat buat resepi pulut bangkok. Memang puas hati. Lemak pulut, manis dengan masin semua ada bersatu dalam satu suapan.Best.

Ratakan dan letak sebiji pisang di tengah-tengah. Tak perlu belah dua. Selepas itu baru gulung biar kemas dan kemaskan bahagian hujung dengan stepler atau cucuk lidi.

#2: Sambung kukus lagi untuk 15-20 minit bergantung pada saiz pulut bangkok anda.Sementara itu sediakan kelapa sira.

Dalam periuk,masukkan air, gula,garam dan daun pandan. Buka api dan masak hingga mendidih. Barulah tambah kelapa parut dan gaul hingga sebati dan sedikit pekat. Tutup api dan keluarkan kelapa sira, letak dalam bekas besar senang anda nak golek dengan pulut pisang nanti.

Pulut pisang yang siap dikukus tadi dibuka balutannya dan dipotong kecil. Gaul masuk dalam bekas ada kelapa sira dan dah siap dah resepi pulut bangkok anda. Memang sedap.

Lemak, masin, manis bersatu dalam satu suapan. Nanti cubalah.

Kalau ada pisang nangka lebih tu, apakat buat resepi pulut bangkok. Memang puas hati. Lemak pulut, manis dengan masin semua ada bersatu dalam satu suapan.Best.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom