Resepi Pulut Durian Istimewa Dari Kampung Halaman

138260
Siapa penggemar pulut durian ? Memang sedap makan campur santan dan gula melaka kan.Dengan pulut yang harum ditanak dalam periuk, tambahkan parutan gula melaka memang kombinasi terbaik.So selain daripada pulut mangga, boleh la cuba pulut durian ni.Sedapnya

Kalau sebut pasal salah satu makanan lazim orang Malaysia dari dulu hingga sekarang,mesti pulut tak ketinggalan.Bila musim buah,tiba lah resepi pulut durian atau pulut mangga.Bila dahaga di tengahari,mencari kita cendol pulut.Sedapnya kan.Kalau waktu pagi, pulut panggang la, pulut inti la,pulut ikan kering la.Petang lak boleh buat bubur pulut hitam.

Haish banyak nya menu dengan pulut ni kan. Semua besttttt.So yang rajin beli ja beras pulut,lepas tu olah jadi apa yang kita nak makan.Kalau rasa malas pun takpa, hulur ja duit.Cuma nak mencari yang kena dengan selera kita tu lah susah sikit kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bubur Pulut Hitam Istimewa

Alang-alang musim cuti sekolah haritu, kami balik ke Kelantan.Tambah-tambah pula waktu sekarang musim durian.Terus kakak belikan durian D24 2-3 biji.Alahai sekarang ni seram bila bab beli durian.Sekilo RM25-35 lau D24.Kalau Musang King pula, RM50-RM90 la sekilo.Nasib baik musim buah banyak sekarang.So dapatla murah sikit kan.

Siapa penggemar pulut durian ? Memang sedap makan campur santan dan gula melaka kan.Dengan pulut yang harum ditanak dalam periuk, tambahkan parutan gula melaka memang kombinasi terbaik.So selain daripada pulut mangga, boleh la cuba pulut durian ni.Sedapnya

Bila dah beli tu,ambil seulas buat tambah campur dalam budu.Cicah ulam kampung dan ikan bakar tawar hasilnya bertambah nasi.Petang tu lak mak buatkan pulut durian.Memang tak melepas la kami makan.

So alang-alang dah ada, terus kami snapkan gambar dan sedia untuk dimasukkan ke dalam website kesayangan untuk dijadikan rujukan diri sendiri dan juga anda.

Jom tengok resepi pulut durian di bawah ni. Oh ya cara tanak pulut senang ja sekarang.Dah tak perlu guna pengukus dah.Guna periuk nasi atau periuk biasa masak atas dapur gas pun boleh.Terpulang anda suka yang mana.

Kalau dulu nak makan pulut susah betul.Dengan cara kukus pulut di dalam pengukusnya.Dengan kain kasa bagai.

Siapa penggemar pulut durian ? Memang sedap makan campur santan dan gula melaka kan.Dengan pulut yang harum ditanak dalam periuk, tambahkan parutan gula melaka memang kombinasi terbaik.So selain daripada pulut mangga, boleh la cuba pulut durian ni.Sedapnya

Bahan-bahan untuk membuat resepi pulut durian ini adalah untuk anggaran 4-7 orang makan.Jadi seperti biasa ,sesuaikan kuantiti anda sendiri ya.

  • 10-15 ulas durian.Kami guna D24
  • 3 cawan beras pulut bukan tepung beras pulut ya
  • 3 cawan air kosong
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 ketul gula melaka kerek
  • 1 helai daun pandan
  • Garam gula secukupnya

Cara buat resepi pulut durian air tangan mak ini pula :

#1: Rendam beras pulut 1-2 jam untuk melembutkannya.Cara tanak pulut ini pula,masukkan 3 cawan beras pulut tadi,3 cawan air,sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh.Jika guna periuk biasa,buka api kecil dan masukkan semua bahan dan masak dengan api kecil.Tutup periuk.Setelah hampir masak baru dikacau sedikit.Jika anda tanak pulut dengan rice cooker,selepas butang COOK menjadi WARM,kacau pulut sekejap dan tekan sekali lagi butang COOK dan biarkan ianya masak sepenuhnya.Ketepikan pulut.

#2: Tambahkan 2 cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air.Simpulkan sehelai daun pandan dan letak sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh untuk melemakkan kuah santan dalam pulut durian kita nanti.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan tutup api.

Siapa penggemar pulut durian ? Memang sedap makan campur santan dan gula melaka kan.Dengan pulut yang harum ditanak dalam periuk, tambahkan parutan gula melaka memang kombinasi terbaik.So selain daripada pulut mangga, boleh la cuba pulut durian ni.Sedapnya

#3: Parut gula melaka dengan pemarut untuk dapatkan hasil ya cantik ya.So dah siap.Senang ja kan cara buat pulut durian ini.

Untuk menghidang pulut bagi elakkan dari melekat, alaskan plastik pembungkus nasi ke dalam bekas dan barulah dimasukkan pulut.Barulah tak menyusahkan kita sewaktu basuh nanti.

Jom tengok resepi pulut durian di bawah ni

Masukkan satu dua ulas durian, pulut sebanyak yang disukai,gula melaka parut dan tambah kuah santan tadi.Alahai bertambah makannya.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom