Resepi Pulut Inti Kelapa Manis Warisan Air Tangan Emak.Best Tau

87788
Sedapnya resepi pulut inti ni. Buat dengan kelapa parut sebagai inti,lepas tu kukus pulut pula. Buat sebagai menu sarapan memang best. Cara buat pun senang

Resepi pulut inti kelapa manis ni memang best dan menarik untuk dimakan pada waktu pagi.Dengan rasa lemak pulut yang ditanak atau dikukus,diletakkan pula inti sambal kelapa manis yang dimasak hingga hampir kering,memang mengasyikkan.

Kalau ada yang anggap kenapa berat dan manis sungguh makanan pada waktu pagi ? Ini kerana orang zaman dahulu mengerjakan sawah,kebun hingga ke petang.Jadi memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja.

Sebelum boleh makan bekal nasi pada waktu tengahari,sarapan seperti resepi pulut inti manis nilah yang memberi tenaga untuk bekerja.

BACA DI LINK BARU: Resepi Kek Ogura Pandan Yang Super Duper Lembut.Best Sangat

Untuk dapatkan pulut inti sambal kelapa yang sedap ni,guna kelapa yang sederhana tua sahaja.Ambil lapisan luar dan buat sambal kelapa bersama gula melaka. Memang asyik.

Salah satu tips untuk dapatkn sambal cantik berbentuk,kita akan tambah masuk sedikit tepung gandum bagi pekatkan inti. Cara ini akan jadikan inti tak hancur dan berbentuk cantik.

Terima kasih kepada Puan Latipah Nawawi atas sumbangan resepi pulut inti kelapa ni.Moga murah rezeki anda.

Sedapnya resepi pulut inti ni. Buat dengan kelapa parut sebagai inti,lepas tu kukus pulut pula. Buat sebagai menu sarapan memang best. Cara buat pun senang

Bahan Resepi Pulut Inti Kelapa Manis :

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 keping gula melaka (3kerek )
  • 1 sudu makan gula putih
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Buat Inti Kelapa :

#1: Dalam kuali,campurkan gula melaka,gula putih,daun ,garam dan air. Masak hingga semua cair guna api sederhana.

Baru tambah masuk kelapa parut dan juga gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.

Bahan Resepi Pulut Inti Kelapa – Pulut :

  • 4 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan sederhana pekat ( 2 kotak santan + air hingga cukup 3 cawan )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan disimpul

Bahan Lain :

Daun pisang yang dilayur secukupnya

Cara Buat Resepi Pulut Inti :

#1: Rendam dulu beras pulut minima 1 jam 30 minit. Saya suka guna beras pulut susu. Dah siap rendam,basuh dan toskan.

Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Tuang beras pulut dalam loyang.Tambahkan santan,garam dan daun pandan.

Kukus pulut 15 minit dan kacau bagi rata.Sambung kukus 10 minit lagi. Dah siap,sejukkan dulu pulut.

Sedapnya resepi pulut inti ni. Buat dengan kelapa parut sebagai inti,lepas tu kukus pulut pula. Buat sebagai menu sarapan memang best. Cara buat pun senang

Ambil daun pisang yang telah dilayur ikut saiz anda suka,ambil pulut letak atasnya,tambah satu sudu makan inti di atas pulut,bungkus seperti bungkus nasi lemak.

Dah siap dah resepi pulut inti kelap yang sedap ni. Berlemak elok. Sedap makan waktu pagi ni. Selamat mencuba.

Ikut TiK ToK Ben Safwan untuk menu-menu kampung asli mudah di sini : Tik Tok Ben Safwan