Resepi Pulut Kuning Lembut Dengan Tips Best Dari Pakar.Terbaik

3192
Memang banyak kegunaan pulut kuning pada masyarakat kita kan.Kami bagi resepi pulut kuning beserta tips terbaik untuk anda cuba buat sendiri. Memang lemak habis

Kami akan kongsikan resepi pulut kuning dengan teknik masak, teknik mengukus yang betul supaya anda berpuas hati makan pulut kuning dengan rendang ayam atau daging dan sebagainya. Pulut kuning berhiasa cantik memang sesuai sangat untuk dijadikan hantaran orang berkahwin,tanda anak-anak sudah khatam Al-Quran dan disediakan pada majlis-majlis tertentu.

Memang banyak kegunaan pulut kuning pada masyarakat kita kan. Antara lauk yang boleh anda sediakan untuk pulut ini banyak. Yang paling popular adalah rendang ayam, rendang daging, telur goreng bewarna, sambal kelapa, kuzi kambing, kari ayam dan seabgainya.

Tips Pulut Kuning Terbaik :

1- Untuk pulut berkilat, semasa rendam letak 1-2 keping untuk setiap 1 kilogram pulut.

2- Jangan sesekali gunakan beras pulut susu.Gunakan beras pulut biasa sahaja untuk dapatkan pulut yang cantik.

3- Selepas dimasukkan santan, tak perlu ditanak semula. Pastikan santan dimasak terlebih dahulu untuk lambat basi. Tengok cara di bawah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Japanese Cheesecake Sedap Yang Super Best

Resepi pulut kuning yang akan diberikan ini akan jadikan warna pulut cantik, merelit dengan rasa lemak santan dan lembut serta berbiji-biji dengan biji pulut tidak akan pecah. Boleh kata ini ilmu penting untuk anda pelajari.

Insyaallah dengan tips-tips yang diberikan oleh Puan Masmira Idris ini boleh kita ambil untuk aplikasi dalam masakan pulut.

Memang banyak kegunaan pulut kuning pada masyarakat kita kan.Kami bagi resepi pulut kuning beserta tips terbaik untuk anda cuba buat sendiri. Memang lemak habis

Bahan Resepi Pulut Kuning :

Kuantiti bahan adalah untuk 1 kilogram beras pulut. Kurangkan/gandakan ikut kuantiti anda buat.

  • 1 kilogram beras pulut biasa.

Bilas terlebih dahulu beras 3-4 kali baru direndam selama 3 jam minima – 4 jam dengan 2 sudu makan serbuk kunyit. Kalau anda nak sedap lagi, tumbuk kunyit hidup lumat dan rendam.Semulajadi gitu.

Bila dah siap rendam, bilas sekali lagi untuk bagi bersih dan tos serta sejat dengan penapis.

  • 1/2 inci halia untuk wangikan pulut dan buang angin perut.

Kupas dan cincang paling nipis paling halus untuk ianya sebati dalam pulut.

  • 5 helai daun pandan 

3 helai – setiap helai dikoyak 3 dan disimpul serta diletak untuk kukus

2 helai – setiap helai dikoyak 3 juga dan diletak paling bawah/alas lapik pulut.

  • 250-300 gram santan segar pekat
  • 2 cawan air panas mendidih
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu teh gram

Semua ini disediakan bila pulut dah siap kukus. Gunakan air yang betul-betul mendidih untuk elakkan pulut kuning cepat basi. Kalau anda nak masak atas dapur hingga keluar wap panas pun boleh.

Memang banyak kegunaan pulut kuning pada masyarakat kita kan.Kami bagi resepi pulut kuning beserta tips terbaik untuk anda cuba buat sendiri. Memang lemak habis

Cara Buat Resepi Pulut Kuning Terbaik

#1: Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi. Tutup dan kukus dlm 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.Kukus sampai pulut masak.

Bila masak, keluarkan pulut ke dalam besen atau bekas yang agak besar dan tuang santan segar ke permukaan pulut sambil kacau pulut. Ada sesetengah orang cakap, proses ” arong” pulut.

#2: Jangan risau tengok pulut anda pada ketika ini berkuah dengan santan, teruskan. proses arong/kacau sehingga pulut mula menyerap campuran santan ini.

Kacau pulut hingga hilang berketul menjadi rata. Cuba rasa pulut dah cukup manis. atau masin ikut selera.Tekan dan ratakan pulut dalam besen dan biarkan ianya berehat 10-15 minit untuk dapatkan pulut kuning yang cantik.

Barulah anda boleh susun masuk, tekan ke dalam bekas acuan yang anda suka atau bentukkan menjadi apa jua bentuk.

#3: Pulut kuning yang cukup lemak akan jadikan santan itu seperti bertali ketika proses mencedok pulut. Untuk kepastikan anda ,tak perlu kukus pulut buat kali kedua selepas proses ini. 

Kalau anda degil dan kukus juga, pulut akan pecah minyak dan lemak santan dan ini jadikan santan tak melekat pada pulut. Janagn risau, pulut kuning anda akan tahan 36 jam sebab tadi kita dah bancuh santan dengan air panas mendidih.

Memang banyak kegunaan pulut kuning pada masyarakat kita kan.Kami bagi resepi pulut kuning beserta tips terbaik untuk anda cuba buat sendiri. Memang lemak habis

Memang lengkap habis resepi pulut kuning yang diberikan ini. Boleh la anda ambil dan buat untuk tambah pendapatan. Jual pek kecil RM4-5 beserta dengan rendang ayam atau sebagainya dah cukup sedap kan.

Tak sabar untuk kami mencuba juga sebab sewaktu menulis pun dapat kami bayangkan kesedapan serta kecantikkan hasil pulut kuning ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom