Resepi Pulut Panggang Best Dengan Dua Jenis Inti Kami Beri

5774
Sedapnya resepi pulut panggang ni. Yang bestkan sebab kami berikan dua inti pilihan. Inti sambal ikan atau inti serunding udang yang jadi pilihan ? Best

Kami akan berikan resepi pulut panggang yang sedap dan patut anda cuba. Dengan rasa lemak pulut dengan inti  sambal ikan atau kelapa dan dibakar untuk dapatkan aroma panggang, memang sedap sangat untuk anda cuba. Untuk inti pulut panggang, resepi inti serunding udang dan resepi sambal ikan akan kami beri. Best kan.

Tips resepi pulut panggang :

1- Kalau nak sedap, gunakan santan segar.Baru lagi berlemak rasa pulut yang ditanak atau dikukus. Tak kira sukatan beras pulut, pastikan air sama level dengan beras untuk anda kukus. Itu rahsia dapatkan pulut yang cantik.

2- Kalau nak inti yang sedap, perlu ada rasa manis sedikit dan gunakan ikan segar dan juga udang kering yang gred tinggi. Baru lain macam rasa pulut panggang anda.

3- Untuk bungkus pulut panggang dengan daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu, jangan risau. Gunakan sahaja stepler.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pulut Bangkok Yang Best.Anda Pernah Makan ?

Terima kasih kepada Puan Amie Samuri dan Puan Azni Achik sebab kongsikan resepi pulut panggang inti sambal ikan dan serunding udang ini.Sedap sangat makan panas-panas kan.

Untuk sukatan cawan, gunakan cawan metrik 250ml ya.

Bahan Resepi Pulut Panggang Sedap :

Bahan Pulut :

  • 2 cawan beras pulut di basuh dan rendam 1 jam 30 minit – 2jam
  • Air sama paras dengan beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat kotak
  • 2 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Daun pisang yang siap dibersihkan dan dilayur

Kalau anda guna santan segar tak perlu tambah minyak ye.,Minyak daripada santan itu sendiri dah cukup

Cara Penyediaan Resepi Pulut Panggang Mudah :

#1: Toskan beras pulut yang siap direndam. Isikan air sama paras dengan beras pulut.Kukus atau tanak pulut selama 20-25 minit. Sambil itu masakkan santan bersama gula,garam dan minyak. Bila dah hancur ,terus tutup api.

Dah masak pulut, keluarkan dan tuang campuran santan tadi. Kacau atau arung beras pulut dengan santan supaya beras pulut menyerap semua santan.Tekan rapat-rapat dan dah siap.

Sedapnya resepi pulut panggang ni. Yang bestkan sebab kami berikan dua inti pilihan. Inti sambal ikan atau inti serunding udang yang jadi pilihan ? Best

#2: Ambil lebih kurang 2 sudu makan pulut dan ratakan di atas daun pisang yang dipotong sebesar tapak tangan dan siap dilayur serta disapu sedikit minyak. Tak nak melekat ketika ratakan pulut, tekan dengan daun pisang lain.

Letak inti pilihan dan gulung pulut. Kemaskan hujung dengan stepler,sapu minyak sikit dilapisan luar pulut untung lebih aroma panggang dan boleh la panggang sekejap untuk dapatkan aroma dan dah siap resepi pulut panggang. Cuma untuk inti, jom pilih inti apa anda nak buat di bawah ini.

Bahan Resepi Inti Pulut Panggang : Inti Sambal Ikan :
Kuantiti inti untuk 20 biji pulut.

  • 4 ekor ikan selayang atau sardin rebus
  • 8 tangkai cili kering ( dibuang biji)*
  • 5 ulas bawang merah kecil *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • 4 sudu makan santan pekat
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan yang bertanda * dikisar halus dengan sedikit air

Sedapnya resepi pulut panggang ni. Yang bestkan sebab kami berikan dua inti pilihan. Inti sambal ikan atau inti serunding udang yang jadi pilihan ? Best

Cara Buat Inti Sambal Ikan Pulut Panggang :

#1: Rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam. Bila dah siap, ambil isi ika dan tumbuk sedikit lumat. Ketepikan seketika. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar. Masukkan santan pekat dan kacau sesekali hingga hampir kering.

Baru tambah isi ikan tumbuk tadi bersama gula dan garam. Masak inti ikan dengan api kecil hingga sambal kering dan berderai. Sejukkan inti. Siap.

Bahan Resepi Inti Pulut Panggang : Inti Serunding Udang :

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 sudu makan ketumbar dan 1/2 sudu makan jintan manis dikisar kering
  • 1/2 genggam udang kering *
  • 4 bawang merah saiz kecil *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai kecil *
  • Sedikit kunyit *
  • 5-6 tangkai cili kering dibuang biji *
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula,garam dan bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan yang bertanda * dikisar halus dengan sedikit air

Cara Buat Inti Serunding Udang :

#1:  Masukkan minyak dan tumis rempah kisar dulu hingga naik bau. Baru masukkan bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan masak baru masukkan kelapa parut,air asam jawa,garam gula dan perasa sedikit dahulu.

Masak dengan api kecil dan kacau hingga sedikit kering. Baru sesuaikan rasa balik jika perlu. Serunding perlu lah sedikit manis baru sedap.Masak hingga hampir kering ya. Dah siap inti.

Wah memang sedap resepi pulut panggang dengan dua inti pilihan ini. Selamat mencuba.

Sedapnya resepi pulut panggang ni. Yang bestkan sebab kami berikan dua inti pilihan. Inti sambal ikan atau inti serunding udang yang jadi pilihan ? Best

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom