Bila sebut sahaja resepi pulut sekaya, terus terbayang kuih yang mempunyai dua lapisan iaitu lapisan bawah mengandungi pulut dan lapisan atas yang lembut serta sedikit manis bagi mengimbangi rasa tawar pulut.
Hari ini kami berikan resepi pulut sekaya yang cukup rasa lemaknya dengan tips untuk dapatkan permukaan atas yang cantik dan licin.
Tips berbaloi untuk anda cuba untuk pulut sekaya ini :
1- Untuk beras pulut, sebelum kukus pastikan anda rendam terlebih dahulu beras nya sekitar 40-1 jam sebelum kukus ya. Ini bantu proses memasak pulut lebih cepat dan hasilnya pulut menjadi lebih lembut.
2- Untuk dapatkan permukaan lapisan pulut sekaya yang licin dan cantik, masak sekejap adunan atas sekadar bila periuk dah panas,tutup api lepastu baru tuang atas lapisan pulut yang dipadatkan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam
3- Gores permukaan pulut supaya lapisan atas melekat dengan cantik pada permukaan pulut.
4- Kukus dengan api besar selepas di akhir proses dengan buka penutup periuk untuk keringkan air di lapisan atas pulut sekaya.
Terima kasih kepada Puan Azlinda Zakaria kerana sudi berkongsi resepi kepada kami semua
Bahan Resepi Pulut Sekaya Istimewa :
Lapisan Bawah:
- 1/2 kilogram beras pulut direndam selama 1 jam
- Santan pekat
- 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan Lapisan Bawah Pulut Sekaya :
#1: Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang, masukkan santan pekat biar sama paras dengan beras pulut dan tambah masuk garam.Kukus dengan api sederhana besar selama 40-45 minit. Bila dah masak, keluarkan pulut dan tekan padat ke dalam loyang lain.
Untuk elakkan bancuhan lapisan atas meresap masuk ke lapisan bawah, bancuh 1 sudu makan tepung gandum dengan air 1 cawan. Sapu pada lapisan atas pulut. Sementara itu , kita tengok lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas Pulut Sekaya :
- 150 gram tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 500 ml santan pekat
- 1 1/2 cawan gula
- 1 cawan jus perahan daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
Cara untuk dapatkan jus pandan ialah dengan kisar 20 helai daun pandan dan 1 cawan air. Kisar dan perah serta tapis.
Cara Buat Resepi Pulut Sekaya Sedap :
#1: Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar. Barulah tapis masuk kedalam periuk dan buka api sederhana kecil. Kacau sentiasa hingga mulai memekat, barulah dituang ke atas lapisan pulut tadi.
Sambung kukus pulut sekaya lebih kurang 20 minit dan bila masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.Dah siap dah pulut sekaya.Sedap sangat.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom