Resepi Pulut Sekaya Best Dengan Lapisan Telur Lembut

5189
Resepi pulut sekaya ini kami berikan pada anda yang teringin mahu makan pulut dikukus dengan lapisan manis telur. Memang sedap. Lapisan atas yang lembut.

Resepi pulut sekaya ini kami berikan pada anda yang teringin mahu makan pulut dikukus dengan lapisan manis telur. Memang sedap. Lapisan atas yang lembut. Berbeza dengan kuih seri muka, lapisan atas kuih pulut sekaya lebih lembut kerana ianya tidak menggunakan sebarang tepung lansung tetapi hanya menggunakan telur sebagai bahan utama.

Kalau dah guna telur, memang lembut la. Kami suka kaitkan persamaan kelembutan lapisan atas dengan kuih akok tradisi Kelantan tapi dimasak dengan cara berbeza. Tapi kedua-duanya menggunakan telur sebagai bahan utama.

Resepi kuih pulut sekaya ini turut dikenali dengan banyak nama berbeza.Antara yang diketahui ialah kuih tok aji serban di Terengganu dan kuih godok telur di Kelantan. Semuanya merujuk kepada kuih yang sama.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Yang Sedap Sangat

Tips untuk dapatkan kuih pulut sekaya yang sedap dan lembut adalah dengan cara mengukukus pulut sebanyak dua kali.Kukusan kali pertama sebelum dimasukkan santan lepas tu barulah dikukus buat kali kedua.

Jangan lupa cakar dengan garpu selepas padatkan pulut untuk pastikan lapisan telur di atas melekat elok dengan lapisan pulut.

Terima kasih kepada Puan Farhana Muhammad di atas sumbangan resepi pulut sekaya untuk kami cuba sempena bulan Ramadhan ini.Semoga puan dimurahkan rezeki sentiasa

Resepi pulut sekaya ini kami berikan pada anda yang teringin mahu makan pulut dikukus dengan lapisan manis telur. Memang sedap. Lapisan atas yang lembut.

Bahan Resepi Pulut Sekaya Lembut Sedap :

Bahagian Lapisan Bawah Pulut :

  • 250 gram beras pulut (direndam 1-2 jam )
  • 100 gram  santan pekat
  • 150 gram air
  • Secubit garam

Cara Masak Lapisan Pulut Sekaya :

#1: Didihkan kukusan.Cuci bersih beras pulut dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan dengan plastik dibawahnya.

#2: Masuk santan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus 20 minit.Keluarkan sekejap kacau tambah baki santan selepas 20 minit,padatkan dan cakar dengan garfu dan sambung kukus 10-15 minit lagi

Bahan-bahan lapisan atas :

  • 5 biji telur ayam saiz A
  • 100 ml santan pekat
  • Secubit garam
  • 180 g gula melaka *
  • 50 ml air *
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 1 helai daun pandan simpul *

Resepi pulut sekaya ini kami berikan pada anda yang teringin mahu makan pulut dikukus dengan lapisan manis telur. Memang sedap. Lapisan atas yang lembut.

Cara Masak Lapisan Atas Resepi Pulut Sekaya :

#1:  Bahan yang bertanda * dimasak terlebih dahulu dan kemudian tapis serta biarkan pada suhu bilik

#2: Telur ayam,santan,garam dan bahan yang dimasak tadi di blend/dikisar hingga sebati

#3: Panaskan kembali loyang yang berisi pulut tadi sekitar 10 minit dan barulah tuang adunan atas pada loyang yang berisi pulut tadi.

#4:  Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup dgn kain untuk elakkan air menitik.Kalau belum masak,berair bahagian atas,kukus lagi 5-15 minit tapi buka pengukus ya.Anda boleh juga lap dengan tisu lebihan air yang bertakung di atas permukaan telur santan.

Sejukkan pulut sekaya terlebih dahulu dan potong menggunakan pisau plastik yang telah dioles dengan sedikit minyak untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Resepi pulut sekaya ini kami berikan pada anda yang teringin mahu makan pulut dikukus dengan lapisan manis telur. Memang sedap. Lapisan atas yang lembut.