Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese Best Sangat.Gebu Lembut

12990
Sedapnya resepi puteri ayu coklat yang ditambah dengan cream cheese ni. Lengkap resepi dengan tips untuk elak dari melekat dan jadikan puteri ayu gebu gebas.

Tengok sahaja resepi puteri ayu coklat cheese dalam artikel ini, cukup membuatkan hati meronta-ronta ingin mencuba. Manakan tidak, dari gambar sahaja dah nampak kegebuan apam coklat dengan dihiasi cheese yang begitu meruntun selera.

Dilihat dengan lebih dekat, resepi puteri ayu ini menggunakan dua lapisan berbeza. Iaitu lapisan pertama cream cheese yang dipaip masuk dan dikukus , dan barulah ditambah adunan coklat.

Untuk acuan puteri ayu ini, boleh beli di kedai bakeri berhampiran anda.Memang mudah untuk dapatkannya. Sedikit tips,untuk dapatkan bentuk yang cantik tanpa sebarang kerosakan,sapu acuan dengan sedikit minyak sebelum dimasukkan adunan cream cheese.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cucur Badak Lengkap Dengan Resepi Inti. Best Sangat

Terima kasih kepada Puan Opah Mas Cotek di atas perkongsian resepi puteri ayu coklat cheese ini. Memang nampak gebu lembut habis. Boleh kita semua cuba kan.

Bahan Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese :

Bahan A :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan dan ayak. Ketepikan seketika.

Sedapnya resepi puteri ayu coklat yang ditambah dengan cream cheese ni. Lengkap resepi dengan tips untuk elak dari melekat dan jadikan puteri ayu gebu gebas.

Bahan B : 

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

Satu masuk semua bahan ke dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan sehingga gula larut dan adunan sebati.

BAHAN C :

  • 4 biji telur

Blend sehingga berbuih sebati.

Cara Buat Resepi Puteri Ayu Coklat : 

#1: Dah siapkan semua bahan-bahan, masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan Bahan C. Sebatikan adunan. Kita akan teruskan dengan buat adunan cheese.

Bahan Resepi Adunan Cheese :

  • 250 gram cream cheese
  • 80 gram gula kastor
  • 25 ml susu cair
  • 40 gram tepung gandum
  • 1 biji telur ayam

Cara Penyediaan Adunan Cheese :

#1: Masukkan semua bahan dan mix sehingga adunan sebati. Masukkan aduna ke dalam piping bag untuk mudah masuk ke dalam acuan. Ketepikan seketika. Jangan lupa sediakan pengukus, dan didihkan air.

Untuk elakkan air daripada masuk, balut penutup pengukus dengan tuala.

#2: Sapu sedikit minyak pada acuan puteri ayu, paipkan masuk adunan cheese lebih kurang 1/4 dari paras acuan.Kukus sekitar 3 minit. Lepas tu tuang masuk pula hingga ke paras 3/4 acuan tadi.

Sedapnya resepi puteri ayu coklat yang ditambah dengan cream cheese ni. Lengkap resepi dengan tips untuk elak dari melekat dan jadikan puteri ayu gebu gebas.

Sambung kukus 8-10 minit dan tunggu sejuk barulah dikeluarkan.Kukus dengan api sederhana sahaja ea.Oh ya, sukatan bahan ini akan menghasilkan lebih kurang 45-50 biji kuih puteri ayu coklat cheese ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom