Hari ini kami kongsikan pula resepi puteri ayu yang sungguh lembut dan gebu. Kalau sebelum ni kami ada tuliskan mengenai resepi kuih puteri ayu cheese coklat. Jadi ini ialah yang original lah.
Kalau nak hasilkan resepi puteri ayu yang sangat lembut bak sutera dan tak berderai, anda kena tengok tips penting ni :
1 – Untuk elakkan bentuk kuih puteri ayu pecah akibat melekat pada acuan, sebelum isi, sapu acuan dengan sedikit minyak. Acuan kuih ini banyak dijual di kedai bakeri besar.
2- Untuk elakkan kelapa di bahagian atas kuih berderai, campurkan dengan sedikit tepung ubi. Tujuannya bila dipanaskan, tepung akan bertukar menjadi kanji dan likat. Ianya bertindak sebagai agen pelekat. Selain itu, tekan padat kelapa parut bila masukkan dalam acuan.
3- Untuk dapatkan bentuk yang sekata dan tidak terlalu naik, ovalette digunakan dalam resepi ini. Tujuannya ialah untuk menstabilkan telur dalam adunan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese Best Sangat.Gebu Lembut
Dah faham dah kan tips-tips dia.Terima kasih kepada Puan Ariana Sofia Ahmad di atas sumbangan resepi puteri ayu lembut ni. Semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki.
Bahan Resepi Puteri Ayu Sedap :
- 3 cawan tepung gandum
- 4 biji telur ayam (gred B)
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan santan (1 kotak santan kara + 1/2 cawan air)
- 1 sudu makan membukit ovallete
- 1 sudu teh powder
- 1 sudu teh perisa pandan
- 2 sudu teh pewarna hijau
Kalau anda tak nak gunakan pewarna tiruan, boleh kisarkan 6-7 helai daun pandan dengan 1-2 cawan air daripada bahagian santan. Kiranya tak perlu guna air lain.
Untuk santan kotak kara pula, pastikan ianya bersamaan dengan 1 cawan yang anda gunakan. Lebih baik guna cawan penyukat standard. Kalau tak cukup 1 cawan, boleh cukupkan bakinya dengan air.
Untuk lapisan atas kuih puteri ayu pula :
- 1 biji isi kelapa parut – lapisan putih sahaja.
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepung ubi
Kuantiti bahan resepi tepung ayu ini akan menghasilkan sebanyak 43-45 biji kuih tepung ayu. Jika anda nak makan sikit je, boleh sukat bahagi dua adunan.
Cara Buat Resepi Tepung Ayu Mudah :
#1: Ayakkan tepung bersama baking powder 2 kali dan ketepikan.Dalam bekas mixer atau bekas biasa, masukkan telur,perasa pandan, pewarna hijau,gula dan ovalette. Kisar sebati.
Tambah masuk tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati. Jangan risau jika nampak pekat. Sebab ianya memang pekat dulu. Tambah masuk santan dan kacau lagi seketika.Adunan akan licin dan sedang elok kepekatannya.
#2: Campurkan kelapa parut bersama garam dan tepung ubi dalam bekas. Sambil itu sapu acuan dengan minyak dan panaskan pengukus.
Ambil 3/4 sudu makan kelapa parut dan masukkan dalam acuan. Tekan rapat dengan jari atau anda boleh tindih dengan bekas acuan lain.
Barulah tambah masuk adunan hijau tepung sehingga hampir sampai ke paras acuan puteri ayu. Kalau nak senang, isi acuan dalam piping bag dan piping je masuk ke dalam acuan. Senang
#3: Kukus kuih dengan api sederhan besar selama 10-12 minit dan keluarkan serta sejukkan terlebih dahulu. Barulah dikeluarkan dari acuan dan boleh makan dah.
Maka terhasillah kuih puteri ayu yang lembut dan gebu. Heee.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom