Resepi Putu Mayam Original Dan Berkuah Best. Bukan Pakai Mihun

13705
Hari ini jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original dan bukan dibuat daripada mihun segera. Kami akan kongsikan semua tips dan bolehlah anda cuba

Hari ini jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original dan bukan dibuat daripada mihun segera. Kami akan kongsikan semua tips dan bolehlah anda mencuba sendiri kelembutan putu mayam ini.

Untuk acuan putu mayam, jangan risau. Ada banyak jenis dari plastik,stainless steel dan juga tembaga. Cari je online di Shopee,taip acuan putu mayam dan dari harga RM 30 serta ke atas,anda dah dapat dah acuan putu mayam.

Gula merah pula ada dijual dalam pek dan anda boleh cari senang. Tapi ianya dikenali sebagai Brown sugar. Ianya adalah hasil baki gula dalam tebu ketika proses kepada gula putih.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Pisang Coklat Moist Best. Dari Kayangan Nih!

Kelapa parut yang hendak digunakan mestilah anda pilih dari kelapa sederhana tua. Maksudnya matang dan baru nak tua. Barulah lagi lemak dan sedap.Tapi kalau takde, boleh sahaja guna lapisan putih kelapa tua itu.

Resepi putu mayam yang pertama ini lebih terkenal di Pantai Timus khususnya Kelantan. Cara yang sama cuma ada kuahnya. Jom kita tengok Versi 1 ini.

Bahan Resepi Putu Mayam Berkuah :

Bahan Putu :

  • 2 cawan tepung beras cap teratai
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan Kuah  :

  • 250 ml santan kotak pekat
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 keping besar gula melaka
  • Secubit garam

Bahan Lain :

  • Kelapa parut
  • Gula merah

Hari ini jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original dan bukan dibuat daripada mihun segera. Kami akan kongsikan semua tips dan bolehlah anda cuba

Cara Buat Resepi Putu Mayam Mudah :

#1: Untuk buat putu mayam, campurkan tepung beras tadi bersama secubit garam dan kukus tepung dalam 10 minit. Kukus mentah camtu je.

Bila dah siap kukus, barulah campur dengan air panas hingga menjadi doh yang lembut. Tuang air panas sedikit demi sedikit. Bila jadi doh, bolehlah masukkan ke dalam acuan dan putarkan ke dalam alas daun pisang/kain yang diletakkan dalam pengukus.

#2: Kukus lagi sekitar 7 minit dan dah siap dah putu mayam anda. Sediakan kelapa parut bersama gula merah. Ketepikan seketika dan kita akan buat kuah putu mayam.

Dalam periuk, masukkan santan,air,daun pandan,gula melaka serta secubit garam. Masakkan dengan api kecil hingga gula melaka hancur dan mulai naik wap.

Dah siap dah boleh dimakan. Sedap ada kuahnya.

Hari ini jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original dan bukan dibuat daripada mihun segera. Kami akan kongsikan semua tips dan bolehlah anda cuba

Versi 2 Putu Mayam lembut ini adalah daripada Puan Mas Mizan. Caranya pun senang.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras cap teratai
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sudu teh garam
  • Gula merah
  • Kelapa parut

Cara Buat :

#1: Sediakan kelapa parut dan gula merah. Kalau anda nak kukus sebentar kelapa parut pun boleh.Tiada masalah malahan lagi sedap.

Cara buat putunya ialah kukus tepung bersama garam sebentar lebih kurang 10 minit dan barulah dimasukkan dengan air panas dan uli dengan senduk tepung bagi menjadi doh lembut.

Hari ini jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original dan bukan dibuat daripada mihun segera. Kami akan kongsikan semua tips dan bolehlah anda cuba

Masukkan dalam acuan dan tekan atas alas yang terdiri daripada daun pisang atau piring. Kukus lagi dalam 7 minit dan dah siap dah resepi putu mayam atau resepi putu piring anda.

Bolehlah makan putu ini dengan cicah kelapa parut dan gula merah.

Selamat mencuba.Senang kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom