Resepi Putu Piring Makanan Tradisi Sejiran Dengan Putu Halba

7793
Kami berikan resepi putu piring untuk anda cuba buat sendiri di rumah.Memang sangat sedap dan lembut. Ada tips untuk jadikan putu piring anda lagi sedap.

Sebut sahaja resepi putu piring, terus terbayang kesedapan dan kelembutan putu dengan inti gula melaka kan. Bertambah sedap lagi bila makan di waktu hujan. Dia punya rasa berkali ganda sedap.

Ada putu piring ni bewarna putih dan ada juga di sesetengah tempat, warnanya bewarna kuning. Kalau yang jual memang lah guna acuan yang betul tapi kalau anda mahu mencuba di rumah, antara acuan yang boleh guna adalah acuan kuih lompang. Memang serba guna sungguh acuan tu. Buat apam pun boleh, buat kuih kaswi pun boleh

Kalau di Kelantan, putu piring tidak sepopular putu halba. Di sana bila tiba musim hujan, maka boleh nampak di tepi jalan gerai menjual putu ini tapi di sini iaitu Selangor, memang mudah dapat putu piring.Dua-dua sedap kami makan je.

Kami berikan resepi putu piring untuk anda cuba buat sendiri di rumah.Memang sangat sedap dan lembut. Ada tips untuk jadikan putu piring anda lagi sedap.

BACA DI LINK BARU : Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Untuk Pelengkap Nasi Berlauk

Kalau ada yang nak tahu nama kain yang digunakan untuk tekap putu piring tu, ianya nama kain muslin. Sejenis kain putih yang jarang. Ada dijual di kedai bakeri besar.

Bahan Resepi Putu Piring Tradisi : 

Sukatan ini boleh hasilkan sekitar 15 keping putu piring.

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 sudu teh garam
  • 150 ml air panas
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil lapisan putih sahaja dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
  • 1/2 cawan gula melaka,diparut
  • 5-6 helai daun pandan
  • Kain muslin (kain putih jarang dipotong berukuran 6-8inci persegi)
  • Daun pisang digunting 2 inci persegi

Cara Penyediaan Resepi Putu Piring :

#1: Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit.Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjiskan pada tepung. Keluarkan daun pandan tu ea.

Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. Itu seeloknya guna air panas.Panaskan pengukus hingga air mendidih.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak  .Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah.

Kami berikan resepi putu piring untuk anda cuba buat sendiri di rumah.Memang sangat sedap dan lembut. Ada tips untuk jadikan putu piring anda lagi sedap.

#2: Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu dibuka. Letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan dimakan. Oh memang sedap.Lembut dan terasa manis hasil inti gula melaka tadi tu.Selamat mencuba.