Resepi Qasidah Gula Merah Best. Rugi Tak Buat Resepi Tradisi Ini.

386
Sedap resepi qasidah gula merah. Salah satu hidangan tradisi dari zaman dulu. Terutama pada bulan puasa dan pada acara sambutan bertemakan Islam.

Hari ini kami mahu kongsikan resepi qasidah gula merah. Salah satu hidangan tradisi dari zaman dulu. Terutama pada bulan puasa dan pada acara sambutan bertemakan Islam.

Resepi qasidah ini memang banyak jenis. Mengikut tempat. Belah Pantai Timur dia macam tu, Belah Utara dia macam ni,Belah Selatan dia ikut style dia pula. Jadi jangan hairan kalau tengok kuih qasidah ini mempunyai banyak versi. Yang penting sedap. hee

Kuih qasidah ini adalah satu kuih yang rasanya lemak manis dan bertepung.

BACA DI LINK BARU :Resepi Karipap Ikan Istimewa Hidangan Terengganu.Best Tau

Terima kasih kepada Puan Fatihah Fadzil di atas sumbangan resepi qasidah gula merah ini. Nampak sangat sedap hasilnya.

Sedap resepi qasidah gula merah. Salah satu hidangan tradisi dari zaman dulu. Terutama pada bulan puasa dan pada acara sambutan bertemakan Islam.

Bahan Resepi Qasidah Gula Merah Sedap :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/2 gula merah + 2 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 10 ulas bawang rose-hiris nipis
  • 2 susu makan tepung beras( gaul bawang )
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan Minyak – goreng bawang
  • Kekacang( optional )

Cara Buat Resepi Qasidah Gula Merah :

#1: Di dalam periuk, masakkan 1 1/2 cawan gula merah bersama 2 cawan air sehingga larut dan mendidih. Tutup api dan ketepikan seketika.

Dalam satu bekas, campurkan tepung gandum bersama tepung jagung,sangan pekat,2 cawan air, 2 sudu makan minyak masak dan air gula merah yang telah dimasak tadi. Jangan lupa tapis air gula merah untuk elakkan bendasing masuk ke dalam kuih,

#2: Kacau sebati semua bahan supaya tidak berketul. Barulah masukkan tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau hingga adunan mulai meletup dan berkilat.

Apabila dah mula meletup-letup dan bertali bermaksud tepung telah masak sepenuhnya.

#3: Sapu minyak pada loyang. Tuangkan adunan qasidah ke dalam loyang.Ketepikan seketika.

Sedap resepi qasidah gula merah. Salah satu hidangan tradisi dari zaman dulu. Terutama pada bulan puasa dan pada acara sambutan bertemakan Islam.

Hiris nipis 10 ulas bawang rose. Tabur 2 sudu makan tepung beras dan gaulkan.Panaskan minyak dan goreng di dalam minyak panas sehingga perang.Angkat dan ketepikan.

Tambah 2 sudu makan minyak masak/zaiton ke atas gorengan bawang rose sebentar tadi dan tuang ke atas kuih qasidah sebanyak 2 sudu makan hingga rata.Tambahkan kekacang ikut selera anda. Biarkan qasidah betul-betul sejuk barulah dipotong.

Dah siap dah resepi qasidah gula merah. Sangat senang kan.Selamat mencuba
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom