
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung warga dari dapur . Mesti ramai yang suka makan roti kosong cecah air kan ? Kadang-kadang roti yang kita buat menjadi tidak sedap akibat roti gagal naik dengan sempurna kan. Jangan risau , kali ini kami membawakan anda artikel Resepi Rahsia Roti Naik Dengan Gebu. Jom lihat bahan-bahan dan tips membuatnya.
Bahan – Bahan Resepi Rahsia Roti Naik Dengan Gebu
500 gram tepung gandum
300 ml susu segar
1 paket kecil yis kering
100 gm mentega *potong dadu
3 sudu besar gula castor
1 biji telur Gred A
secubit garam

Cara Penyediaan Roti Gebu
Pertama , masukkan mentega, yis kering , gula dan tepung. Uli sebati dahulu. Barulah di masukkan susu dan garam. Uli hinggan menjadi doh dan uli lagi selama 15 minit.
Kedua , perap doh selama 1 jam . Doh akan bertukar menjadi kembang . Selepas itu, ambil sedikit doh, bulatkan doh dan susun ke dalam acuan/bekas pembakar. Sapu permukaan doh dengan sedikit mentega dan boleh tabur gula dia atasnya.
Ketiga , panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 180’C . Selepas itu , barulah dimasukkan adunan dan bakar sehingga keperangan pada suhu 180’C selama 20-25 minit.
Memang puas hati dan sangat gebu rasa roti. Kalau makan dengan gulai ayam, memang best ni kan.
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Roti Cheese Goreng Meleleh
Roti Sarang Lebah
Murtabak Roti Cheese
Puding Oreo Aiskrim Lazat
Puding Roti Karamel Kukus Lembut
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel