Resepi Rendang Ayam Sedap 2 Versi Yang Tahan Lama

609376
Bestnya dapat dua versi resepi rendang ayam sedap ni.Selain tu,kami berikan tips untuk rendnag ayam tahan lama dan lambat basi.Pernah cuba versi rendang ayam hijau atau rendang ayam minang ? Makan pula dengan nasi putih atau pulut kuning.Sedap.

Salah satu makanan popular adalah resepi rendang ayam.Bukan sahaja resepi rendang ini popular di Malaysia,malah di Indonesia dan juga Singapore serta Brunei.

Oleh sebab banyak tempat ianya popular,maka muncul pelbagai versi masakan rendang antaranya resepi rendang ayam tok yang punyai keistimewaan sendiri, rendang ayam minang yang popular di Indonesia dan juga Negeri Sembilan.

Selari dengan perubahan zaman yang mahu siapkan rendang ayam dan daging dengan cepat, timbul pula variasi rendang ayam simple, rendang ayam tanpa minyak dan kerisik.Anda boleh pilih yang mana satu nak dicuba dan sesuai dengan deria rasa anda.

Selain daripada nasi impit, rendang daging dan ayam ini amat sesuai dimakan bersama pulut kuning.Sedap sangat.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Untuk hari ini, kami berikan dua versi rendang ayam mudah dan tahan lama iaitu pertama , rendang ayam sedap yang menggunakan bahan asli serta versi kedua,rendang ayam hijau.

Pernah dengar dan cuba versi yang kedua ini ? Kalau tak kenalah masak sendiri dan rasa kelembutan isi ayam yang dimasak perlahan sehingga lembut dan santan memekat hingga keluarkan minyak.

Tips untuk resepi rendang ayam, pertamanya ayam yang hendak dimasak haruslah dibuang kulit.Ini untuk elakkan rendang ayam yang telah siap dimasak menjadi terlalu berminyak memandangkan masakan ini sememangya telah berminyak.

Kedua, untuk pastikan rendang ayam lambat basi,elakkan dan kurangkan penggunaan air di dalam masakan.Selain itu, pastikan bahan-bahan rempah dan santan masak dengan elok menggunakan api perlahan. Tunggu hingga santan pecah minyak dan memekat barulah diangkat apabila dimasukkan ayam.Ini akan jadikan rendang tahan lebih lama.

Tapi ketika santan dimasukkan pada awalnya, jangan biarkan santan begitu sahaja sebab kita tak nak ianya pecah minyak sebelum ayam dimasukkan.Jadi sentiasa kacau santan bersama rempah.Selepas ayam dah masuk dan direneh dengan api perlahan barulah dibiarkan santan pecah minyak sendiri.

Bestnya dapat dua versi resepi rendang ayam sedap ni.Selain tu,kami berikan tips untuk rendnag ayam tahan lama dan lambat basi.Pernah cuba versi rendang ayam hijau atau rendang ayam minang ? Makan pula dengan nasi putih atau pulut kuning.Sedap.

Versi Pertama rendang ayam tok ini adalah hasil sumbangan Puan Mariana Zainal.Terima kasih.

Bahan Resepi Rendang Untuk 1/2 Ekor Ayam :

  • 1/ 2 ekor ayam dipotong 6-7 bahagian

Bahan kisar : 

  • 15-18 tangkai cili kering
  • 1 1/ 2 biji bawang besar
  • 6- 7ulas bwg putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 3 batang serai

Semua bahan di atas ini dikisar lumat

Bahan lain : 

  • 250 ml santan pekat
  • 1/2  cawan air
  • 3-4 helai daun limau purut dicarik
  • 2 paket kecil kerisik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 sdb gula pasir
  • 1/ 2 sdb garam
  • 1 sdt perasa
  • 1 1/2 senduk minyak masak

Bestnya dapat dua versi resepi rendang ayam sedap ni.Selain tu,kami berikan tips untuk rendnag ayam tahan lama dan lambat basi.Pernah cuba versi rendang ayam hijau atau rendang ayam minang ? Makan pula dengan nasi putih atau pulut kuning.Sedap.

Cara Masak Rendang Ayam Sedap Ini : 

#1: Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak barulah dimasukkan asam keping,gula.Tumis lagi hingga masak dan pecah minyak.

#2: Tambah kerisik,daun limau purut serta santan dan air.Selalu kacau jangan bagi santan pecah minyak dan biarkan santan mulai mendidih.Barulah masukkan ayam.

#3: Masak dengan api kecil sekitar 30 minit untuk ayam mula empuk,baru sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perisa.Taburkan daun kunyit.Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasa buat kali terakhir.Dah siap dah rendang ayam sedap dan tahan lama lambat basi ni.

Untuk versi kedua, kami berikan rendang ayam hijau hasil sumbangan Puan Inaz Iska.Terima kasih puan.Nak ganti ayam dengan daging pun boleh.

Bestnya dapat dua versi resepi rendang ayam sedap ni.Selain tu,kami berikan tips untuk rendnag ayam tahan lama dan lambat basi.Pernah cuba versi rendang ayam hijau atau rendang ayam minang ? Makan pula dengan nasi putih atau pulut kuning.Sedap.

Bahan-bahan resepi rendang simple hijau :

  • 1 ekor ayam dipotong 12-14

Bahan kisar :

  • 2 genggam cili api (warna hijau je)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bwg putih
  • 4 biji bwg besar
  • 6 btg serai
  • 1 inci halia

**Blend semua dgn sikit air jadikan pes**

Bahan lain : 

  • 500 ml santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 Asam keping
  • Garam, gula & bahan perasa
  • 2 senduk minyak masak

Bestnya dapat dua versi resepi rendang ayam sedap ni.Selain tu,kami berikan tips untuk rendnag ayam tahan lama dan lambat basi.Pernah cuba versi rendang ayam hijau atau rendang ayam minang ? Makan pula dengan nasi putih atau pulut kuning.Sedap.

Cara Penyediaan Rendang Ayam Hijau : 

#1: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi.Tumis pes rendang sehingga pecah minyak dan sedikit kekeringan barulah masukkan daun asam limau.

Masukkan ayam dan asam keping.Gaul bersama.Biarkan ayam empuk atau sehingga airnya kering barulah dimasukkan santan dan kerisik bersama air tadi.Tambahkan hirisan daun kunyit dan perasakan buat kali pertama.

#2: Biarkan kuah rendang kering memekat barulah sesuaikan rasa buat kali terakhir.Siap dan boleh dimakan bersama pulut kuning ataupun nasi putih.

So jangan lupa mencuba dua versi masakan rendang yang kami berikan ni ya.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom