Resepi Rendang Kerang Pedas Yang Menggiurkan. Kena Cuba Tau.

13784
Nak hasilkan resepi rendang kerang yang betul-betul sedap ? Boleh ikut resepi kami beri ini. Memang best makan dengan nasi lemak atau cicah pulut ni kan.

Bagi penggemar resepi kerang, selain dibuat kerang sambal dan juga dimakan rebus dicicah sos, hari ini kami mahu berikan anda resepi  rendang kerang pedas yang cukup menggiurkan. Boleh dibuat makan dengan nasi lemak atau pun dicicah pulut dan ketupat.

Memang berbaloi untuk anda cuba resepi  rendang  kerang ni. Cara masak nya yang mengikut versi kampung dan pekat serta sedikit kering melekat pada isi kerang memang cukup untuk merosakkan diet anda pada hari tersebut.

Anda boleh guna dua jenis kerang untuk resepi rendang kerang ini. Sama ada kerang biasa yang anda beli beserta kulit atau pun anda beli isi keraang yang telah siap dikupas.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Koci Dengan Tips Penuh Untuk Kuih Yang Sangat Sedap

Untuk kerang biasa, berus kulit kerang dengan berus besi untuk pastikan kerang bersih sebelum direbus dengan serai,sedikit garam, bawang putih dan halia dan dikeluarkan isinya satu persatu. Walaupun sedikit lambat , tapi anda akan dapat pada harga sedikit murah sekitar RM 10-RM 12 sekilo.

Jika anda guna isi kerang yang siap dikupas, isinya biasanya bersaiz besar kerana berasal daripada kerang bulu. Memang cepat hanya tinggal masukkan sahaja dalam resepi rendang kerang tapi harganya sekitar RM 20 – RM 22 sekilogram. Boleh pilih yang mana suka.

Untuk resepi  rendang kerang ini, kuantiti kerang yang digunakan adalah untuk sekitar 800-1kg isi kerang ya. Kalau nak dapatkan sebanyak ini, hampir 3 – 3.5kg kerang berkulit digunakan.

Terima kasih kepada Tuan Aezach AR kerana sudi berkongsi resepi  rendang kerang pedas yang cukup menggiurkan.

Nak hasilkan resepi rendang kerang yang betul-betul sedap ? Boleh ikut resepi kami beri ini. Memang best makan dengan nasi lemak atau cicah pulut ni kan.

Bahan Resepi Rendang Kerang Pedas :

Bahan Kisar :

  • 5 biji bawang merah ros saiz sederhana
  • 2 biji bawang merah besar sederhana
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inchi halia muda
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 5- 10 biji cili api kampung ( ikut tahap kepedasan anda suka )

Bahan Lain :

  • 800-1kg isi kerang
  •  1 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 kotak santan pekat kecil
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • Garam, serbuk perasa dan gula merah.

Cara Penyediaan Resepi Rendang Keras Sedap :

#1: Panaskan minyak ,masukan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan berbau guna api sederhana .Baru tambahkan cili kisar dan tunggu hingga pecah minyak 1-2 kali. Barulah sedap rendang kerang nanti.

Masukkan santna pekat dan kecilkan api. Renehkan dan kacau sesekali sehingga sebati dan pecah minyak sedikit. Barulah masukkan kerisik dan asam keping dan biarkan ianya mereneh hingga pekat.

Nak hasilkan resepi rendang kerang yang betul-betul sedap ? Boleh ikut resepi kami beri ini. Memang best makan dengan nasi lemak atau cicah pulut ni kan.

#2: Masukkan isi kerang dan masak hingga rendang kerang menjadi sedikit kering dan pekat. Guna api kecil sahaja ya. Masukkan daun kunyit yang diracik bila dah kering dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam, serbuk perasa dan gula merah/gula putih.

Memang puas hati la dan cuba resepi rendang kerang ni.Selamat mencuba tau.