Resepi Risoles Daging Cheese Step By Step.Sedap Sangat

64119
Buntu dengan hidangan pagi untuk seisi keluarga ? Apa kata anda cuba satu resepi baru ini yang pasti memikat selera anak-anak. Resepi Risoles Daging Bercheese Step By Step
Buntu dengan hidangan pagi untuk seisi keluarga ? Apa kata anda cuba satu resepi baru ini yang pasti memikat selera anak-anak. Resepi Risoles Daging Bercheese Step By Step

Buntu dengan hidangan pagi untuk seisi keluarga ? Apa kata anda cuba satu resepi baru ini yang pasti memikat selera anak-anak. Resepi Risoles Daging Cheese  ini adalah daripada Puan Talib. Memang sangat menyelerakan  dengan rasa daging dan cheese yang memenuhi selera anak – anak .

Apa kata kita tengok resepinya langkah demi langkah untuk anda berjaya pada kali pertama percubaan sahaja. Apa yang boleh kami beritahu , resepi ini terdiri daripada kulit risoles, inti dan seterusnya goreng. Memang senang kan ?

Langkah 1 : Menghasilkan Kulit Resepi Risoles Daging Cheese

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan air biasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur

Tips : Gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan 

Cara membuatnya pula adalah :

#1: Blender kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati dan tuang adunan yang telah siap  ke dalam bekas. Pastikan kepekatan adunan adalah sederhana agar adunan boleh dilenggang di dalam kulai . Untuk lebih cantik , anda gunakan kuali non stick . Adunan di atas boleh menghasilkan 30 keping kulit risoles .

BACA : Resepi Agar-agar Kering 

Cara pembuatan kulit risoles. Angkat bila sudah kekuningan
Cara pembuatan kulit risoles. Angkat bila sudah kekuningan

Langkah 2 : Menghasilkan Inti Risoles Untuk Resepi Risoles Daging Cheese

  • 400gm daging cincang / daging kisar
  • 5 biji kentang bersaiz sederhana yang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besaq yang dipotong dadu
  • 3 sudu kecik serbuk lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 cawan air biasa
  • bahan perisa secukup rasa

Cara – cara membuat inti Resepi Risoles Daging Cheese  :

Pertama , panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan  sedikit minyak . Selepas itu ,  tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau dan  masukkan daging hancur dan kacau sehingga sebati . Biarkan selama 5-7 minit supaya daging masak dengan sekata.

Kedua , Masukkan pula kentang, bawang besar dan air . Kacau sehingga sekata dan biarkan 5-7 minit . Perasakan adunan dengan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga air menjadi kering iaitu sehingga betul-betul kering.

Barulah dimasukkan bahan perasa yang anda mahu seperti gula, garam ,atau serbuk lada sulah / lada kisar bergantung pada citarasa anda.

Ketiga , tutup api dan tuang bancuhan ke dalam bekas yang berlubang ( seperti gambar di bawah untuk biarkan minyak dan cecair mengalir keluar daripada adunan inti.

Inti yang telah siap dimasak dibiarkan seketika .
Inti yang telah siap dimasak dibiarkan seketika .

Okey , bahan utama yang diperlukan untuk membuat risoles telah pun siap , jadi langkah seterusnya adalah untuk menggulung risoles pula. Jom tengok .

Langkah 2 : Menghasilkan  Risoles Untuk Resepi Risoles Daging Cheese 

Bahan yang diperlukan adalah :

  • Kulit Risoles dan Inti yang telah siap disediakan pada awal  tadi .
  • 1 biji telur
  • Serbuk roti
  • Keju Mozarella iaitu keju yang telah hancur. Boleh didapati di pasaraya .

Langkah demi langkah adalah seperti di bawah . Perhatikan cara lipatan dan inti yang dimasukkan  jangan terlalu banyak.

BACA : Resepi Roti Puding Bakar

Cara menggulung risoles , selepas siap digulung , celup ke dalam telur dan selepas itu golekkan di dalam serbuk roti
Cara menggulung risoles , selepas siap digulung , celup ke dalam telur dan selepas itu golekkan di dalam serbuk roti
Inilah dia risoles yang telah siap digulung. Boleh disimpan di dalam peti ais .
Inilah dia risoles yang telah siap digulung. Boleh disimpan di dalam peti ais .

Untuk menggoreng pula , hanya gunakan sedikit minyak dan goreng risoles sehingga kekuningan. Siap untuk disediakan pada ahli keluarga dan kami jamin, rasanya pasti membuka selera anda</>

BACA :Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard

Risoles yang telah siap digoreng. Nyummy
Risoles yang telah siap digoreng. Nyummy