Kami nak beri resepi roti benggali pula untuk anda agar ada banyak pilihan roti yang boleh dicuba sementara perintah kawalan pergerakan ini. Boleh juga anda hasilkan menu yang mengenyangkan keluarga.
Roti Benggali ini secara tak rasmi dapat namanya daripada penjual roti yang menaiki motosikal yang selalu jual roti ini dulu. Dan ianya adalah dari bangsa Benggali. Kalau dapat roti ni, memang sedap la cicah dengan air tea o panas atau pun makan dengan kari ayam.
Kalau di tempat kami dulu, menu roti cicah gulai ayam popular di majlis kesyukuran ataupuan pada waktu tahlil.
BACA DI LINK BARU : Resepi Roti Manis Mudah Disediakan Dan Best. Bahan Ringkas
Untuk mudah anda membuat resepi roti benggali ini, kami cadangkan anda beli terus tepung roti ataupun nama sebenar dia tepung high protein dan juga bread improver. Senang dapat di kedai bakeri berdekatan anda.
Terima kasih kepada Puan Wan Raudzah Wan Ismail di atas sumbangan resepi roti benggali yang sedap ini. Bolehlah kami cuba buat resepi ini sementara berada di rumah ni.
Bahan Resepi Roti Benggali Bread Maker Sedap :
- 500 gram tepung roti
- 40 gram gula
- 30 gram susu tepung
- 11 gram yis
- 5 gram bread improver
- 1 biji kuning telur
- 275 gram air
- 8 gram garam
- 50 gram shortening
Cara Buat Resepi Roti Benggali Lembut Sedap :
#1: Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli menggunakan tangan ataupun uli menggunakan mixer. Kalau anda ada bread maker, lagi lah senang. Tetapkan tetapan dough dan uli 30 minit atau sehingga elastik.
Bila doh dah lembut cantik, bagi doh bulat sedikit dan tutup dengan tuala basah hingga doh mengembang sekitar 10-15 minit.
Selepas itu keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk untuk dikeluarkan angin. Kemudian canai memanjang adunan roti dan gulung.
#2: Gris acuan tin dengan shortening dan masukkan adunan. Tutup lagi dengan tuala basah dan perap 20 minit atau adunan naik 2-3 kali ganda.
Selepas itu panaskan oven selama 10 minit menggunakan suhu 180’C guna api atas bawah.
Kemudiakan masukkan adunan roti, turunkan suhu pada suhu 170’C , guna api bawah dan masukkan acuan di tingkat paling bawah dalam oven. Bakar sekitar 25-30 mkinit sehingga bahagian atas bertukar menjadi warna perang.
Dah siap dah resepi roti Benggali anda. Selamat mencubal.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom