Resepi Roti Jagung Best Daripada Penjual Roti.Memang Sedap

32114
Memang rugi tak buat resepi roti jagung sedap ni. Memang lembut habis sebab ada guna bahan yang kedai bakeri je guna. Tapi sekarang mudah, boleh buat sendiri

Kali ini kami akan kongsikan resepi roti jagung manis yang sangat sedap untuk anda cuba. Jangan risau kalau tiada bread maker, anda ada dua pilihan lain untuk buat resepi roti ini.

1- Menggunakan tangan. Anda akan uli doh roti sehingga doh tidak melekat di tangan dan menjadi lembut. Tapi ambil masa dan tenaga sikit.

2- Cara kedua ini menjadi pilihan ramai untuk buat kebanyakan resepi roti. Menggunakan mixer,pukul sahaja adunan roti hingga licin dan tidak melekat pada mangkuk. Menggunakan mata hook.

Resepi roti jagung sedap ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau anda boleh cicah dengan kaya,jem. Kami pernah bagi resepi kaya homemade yang sangat mudah disediakan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Seri Kaya Homemade Tahan Lama.Jauh Lagi Sedap Dari Beli

Satu rahsia resepi roti yang lembut ialah menggunakan tepung protein tinggi japanese flour. Tepung khas untuk membuat roti yang menjadi pilihan bakeri.

Kalau nak dapatkan roti jagung yang sedap,ikut sahaja bahan dan cara buat roti yang telah siap kami lampirkan di sini.

Terima kasih kepada Puan Suzana Rahman yang sudi berkongsi resepi roti yang digunaknan untuk berniaga kepada kita semua. Moga dimurahkan rezeki Puan sekeluarga.

Memang rugi tak buat resepi roti jagung sedap ni. Memang lembut habis sebab ada guna bahan yang kedai bakeri je guna. Tapi sekarang mudah, boleh buat sendiri

Bahan Resepi Roti Jagung Sedap :

  • 500 gram tepung high protein japanese bread flour
  • 100 gram tepung gandum
  • 110 gram gula kastor
  • 14 gram yis segera ( yis instant )
  • 10 gram garam halus
  • 2 biji telur gred A
  • 50 gram fresh yogurt( saya guna yogurt greek)
  • 100 gram jagung fresh yang saya kisar halus tanpa air
  • 60 gram unsalt butter( saya guna anchor)
  • 230 gram Air ais( air campur ais batu)

Cara Buat Resepi Roti Jagung Manis Mudah :

#1: Masukkan semua bahan kering ke dalam mixer iaitu tepung,gula kastor,yos segera,garam dan pukul sebentar bagi sekata

Masukkan telur,dan yogurt pukul sebati,kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai doh bersatu. Masukkan jagung kisar, butter dan pukul dengan kelajuan sederhana sampai doh menjadi licinGuna hook paddle yer untuk pukul adunan doh roti .

#2: Setelah doh licin dan tak melekat ke mixer. Boleh lah angkat doh dan buat rounding Ambik sedikit minyak sapu kat meja stainless steel atau meja yang anda ada. Timbang doh 25gm setiap satu dan buat rounding

Masukkan kedalam bekas macam dalam gambar dibawah.Kemudian kita proof (perap) lah sampai doh naik mengembang dengan elok. Masa saya buat hari panas elok. Jadi proofing hanya ambik masa 30 min saja,klau tak 50-60 minit.

Untuk buat taburan atas roti,gunakn hasil kisar kellogs cornflakes + breadcrumb

 

Memang rugi tak buat resepi roti jagung sedap ni. Memang lembut habis sebab ada guna bahan yang kedai bakeri je guna. Tapi sekarang mudah, boleh buat sendiri

Lepas buat rounding saya celup dalam bekas bahan kisaran terus letak dalam loyang.

#3: Bakar aduan roti jagung pada suhu 160’C selama 25 minit atau mengikut oven anda semua menggunakan api atas bawah. Dah siap resepi roti jagung.

Selamat mencuba semua.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom