Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam. Mudah Tapi Sedap Sangat

220317
Ada yang terliur unutk makan roti jala ? Kami sediakan resepi roti jala beserta dengan kari ayam untuk anda cuba sendiri di rumah.Puas hati makan.

Salam buat pengunjung kami , warga dari dapur , dah nak habis dah kan bulan yang penuh berkat ini . Ada yang mahu jadikan resepi roti jala sebagai juadah istimewa di hari lebaran ?

Rasa roti jala yang lembut dan dicicah pula dengan kuah kari ayam semestinya membuka selera pada hari lebaran nanti . Jom lihat bahan – bahan dan cara penyediaan.

Bahan Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam

Bahan Roti Jala :

  • 2 cawan tpg gandum
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telor ayam
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan Kari Ayam

  • 2 biji bawang besar saiz sederhana *
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 3 sudu serbuk kari ayam (babas)*
  • 1 @ 2 sudu lada kisar*
  • 1 mangkuk santan pekat
  • air secukupnya
  • sedikit gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • isi ayam dipotong dadu
  • kacang panjang dipotong lbh kurang 1 inci panjang
  • lobak dipotong lebih kurang 1 inci panjang
  • kentang dipotong 1 inci panjang

Cara Penyediaan  Resepi Roti Jala Istimewa 

Pertama ,  masukkan semua bahan ke dalam blender . Selepas itu blend sehingga menjadi sebati.

Kedua ,  asingkan dan tambahkan pewarna yang anda mahu jika anda inginkan roti jala yang perbagai warna. Panaskan non stick pan , bila panas sapu permukaan pan dengan tisu yang dicelup dalam minyak . Masukkan adunan roti jalan ke dalam acuan .

Ketiga , pada api sederhana, tuang acuan ke atas permukaan . Golek ke kiri kanan / kirai acuan . Biarkan  1 minit , selepas itu angkat dan gulung roti jala yang telah siap.

Tips – jika adunan  pekat dan susah keluar daripada muncung, tambah sedikit air

Ada yang terliur unutk makan roti jala ? Kami sediakan resepi roti jala beserta dengan kari ayam untuk anda cuba sendiri di rumah.Puas hati makan.

Cara Penyediaan Kari Ayam 

Pertama ,  bahan yang bertanda dikisar bersama serbuk kari dan lada kisar. Selepas siap , panaskan periuk dengan api sederhana kecil , masukkan 3 sudu minyak . Biarkan seketika dan selepas itu ,          tumis bahan kisar sehingga pecah minyak  untuk dapatkan hasil yang cantik.

Kedua ,  masukkan sedikit air dalam anggaran 1 cawan air dan masukkan potongan ayam . Biarkan ia mereneh seketika dan bila ayam masak , barulah dimasukkan santan pekat. Biarkan ianya mendidih .

Ketiga , bila kuah sudah mendidih , masukkan pula sayur-sayuran  , gula dan garam, sedikit air asam jawa dan biarkan aia masak seketika. Siap.

Memang lengkap dan senang ya . Gambar dan  resepi ini diubah suai daripada Puan Tahrunnisah Jali.  Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali atas keizinan kepada pihak kami berkongsi gambar dan Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam . Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .

Ada yang terliur unutk makan roti jala ? Kami sediakan resepi roti jala beserta dengan kari ayam untuk anda cuba sendiri di rumah.Puas hati makan.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Cucur Udang Rangup

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>