Resepi Roti John Sedap Best Untuk Anda Buat Sendiri

102635
Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan

Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan macam lepas-lepas cari menu seperti roti john,air tebu dan sebagainya. Tapi kita sekarang dalam peperangan. Stay at home. Jadi kita buat sendiri semua.

Lagi sedap dan mengenyangkan. Jangan risau, ikut sahaja tips dan teknik yang kami berikan untuk anda dapatkan resepi roti john sedap dan berpuas hati.

Kalau anda mencari roti panjang, boleh cari di Tesco. Kalau tiada, jangan risau,boleh beli roti yang pendek untuk orang buat oblong tu. Terus jadi roti john mini.heee

Nak letak sayur apa dalam roti john supaya sedap dan macam beli kat bazar ? Guna je kobis,hirisan timun dan juga salad. Paling senang anda parut sahaja untuk dapatkan potongan halus untuk kubis dan timun.

Terima kasih kepada Puan Ummu Abdul kerana sudi berkongsi resepi roti john mudah ini pada kami semua. Nanti bolehlah dicuba sempena bulan puasa yang akan menjelma kan.

Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan

Bahan Resepi Roti John Sedap :

Kuantiti bahan resepi untuk 2-3 biji roti john saiz kecil menggunakan roti oblong.Anda boleh gandakan sukatan jika buat banyak.

  • 1 labu bawang Holland/besar saiz sederhana potong dadu
  • 2 ulas bawang putih kecil
  • 3 keping daging burger daging/8 sudu makan daging ayam kisar(hirisan hotdog jika mahu )
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 biji telur
  • Sedikit air ( 1-2 sudu makan sahaja )
  • Garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Sayur Dan Sos :

  • hirisan kubis
  • hirisan timun
  • daun salad
  • sos cili
  • mayonis
  • mustard/blackpepper

Pilihan sos terpulang kepada anda nak letak sos apa.Asalkan sedap pada tekak anda.

Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan

Cara Buat Resepi Roti John Mudah :

#1: Kita akan sediakan inti roti john dulu. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih. Proses ini sangat penting.Gunakan api sederhana kecil dan tumis hingga bawang betul-betul layu.

Barulah rasa manis bawang akan keluar dan jadikan inti sedap.Bila dah layu keluar jus,tambahkan rempah kari.Waktu ni kecilka api. Tambah sedikit air untuk elakkan rempah pekat.

Masak tumis hingga terbit minyak pada api kecil.

#2: Masukkan isi daging burger yang dicincang atau ayam kisar. Pilihan anda. Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa ikut selera. Tutup api.

Biarkan sejuk seketika sebelum anda masukkan dalam bekas. Pecahkan 2 biji telur. Dah siap inti roti john.

#3: Ambil sekeping roti dan potong dua tapi jangan sampai putus. Sapukan marjerin dan bakar seketika sebelum angkat.

Cedukkan 1 senduk kuah inti roti john ke dalam kuali rata dan tekapkan roti.Biarkan masak. Alaskan daun salad jika mahu dan taburkan hirisan kubis serta timus barulah dihiasi dengan sos.

Roti john dah pun siap untuk dimakan. Memang berbaloi untuk dicuba dan sangat sedap. Betul.

Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom