Resepi Roti Kosong Gebu Dan Lembut Ini Uli Tangan Sahaja

52629
Memang berbaloi untuk anda buat sendiri resepi roti kosong ni.Memang sangat gebu walau uli dengan tangan je. Nak tabur gula nak letak inti pun boleh.

Kali pertama kami terpandang resepi roti kosong yang gebu dari Puan Amie Samuri ini , terus jatuh cinta memandangkan kami memang penggemar roti yang setia .


Roti kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu di rumah memandangkan resepi mudah dan lengkap membuat roti ini kami siarkan. 

Boleh katakan resepi roti kosong ini adalah asas jika anda mahu belajar hasilkan roti tanpa menggunakan penguli mesin. Guna tangan sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kerutuk Itik Serati Original Kelantan Air Tangan Cikgu Afy

Bahan Resepi Roti Kosong Gebu :

Bahan A :

  • 150 ml air suam
  • 1 sudu makan penuh yis
  • 1 sudu makan penuh susu pekat
  • 1 sudu makan penuh gula

Bahan B :

  • 250 gram tepung gandum/all purpose
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan penuh gula
  • 1 biji telur

Bahan C :
30 gram butter yang telah dicairkan

Memang berbaloi untuk anda buat sendiri resepi roti kosong ni.Memang sangat gebu walau uli dengan tangan je. Nak tabur gula nak letak inti pun boleh.

Cara Penyediaan Resepi Roti Kosong Mudah :

#1: Campurkan Bahan A dan kacau sehingga berbuih . Masukkan ke dalam Bahan B . Jika doh roti kosong anda melekit , biarkan . Ini memang kebiasaan pada fasa ini. 

Masukkan Bahan C ke dalam campuran bahan doh roti gebu tadi. Dan bermulah proses menguli dengan penuh kasih sayang dan baling-baling manja doh roti gebu sehingga menjadi kenyal atau elastik. Kebiasaan proses ini akan memakan masa ke dalam 15-20 minit menggunakan tangan. Beruntung siapa yang ada mesin penguli roti. Heee.

#2: Jika tangan anda terpalit atau terlekat doh , ambil sedikit tepung gandum dan sapu pada tangan dan teruskan menguli tanpa jemu doh roti gebu sehingga tiada lagi doh yang terlekat pada tangan. Maksudnya , proses menyapu tepung pada tangan dilakukan beberapa kali ya. 

#3: Selesai menguli , tutup dengan kain dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu sedikit tinggi untuk menaikkan doh roti gebu dalam setengah jam . Selesai setengah jam , tumbuk-tumbuk manja doh roti anda dan biarkan lagi setengah jam sehingga doh menjadi naik sehingga tiga kali ganda dari asal. 

Memang berbaloi untuk anda buat sendiri resepi roti kosong ni.Memang sangat gebu walau uli dengan tangan je. Nak tabur gula nak letak inti pun boleh.

Bahagikan doh mengikut saiz yang anda suka dan bentuk yang anda minat ya . Jika mahu masukkan  inti , pada ketika inilah masanya. 

#4: Masukkan ke dalam bekas pembakar , sapukan telur atas doh roti kosong anda dan jika tiada inti , boleh lah ditaburkan gula di atasnya. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit lebih kurang bergantung pada oven. Selepas itu bakar menggunakan api atas sahaja untuk 5 minit untuk mendapatkan warna kuning pada bahagian atas. Keluarkan dari oven dan sabu permukaan roti gebu anda dengan butter cair untuk kekal lembut dan gebu .

Yeay dah siap resepi roti kosong anda. Memang sedap betullah.