Kami nak kongsikan resepi roti manis yang mudah untuk anda buat sempena berada di rumah ni dan untuk habiskan masa yang terluang. Roti manis ini boleh anda makan begitu sahaja atau nak makan dengan jem, kaya ataupun sambal bilis.
Kalau ada yang suka makan dengan cicah kari, boleh buat kari ayam atau kari daging. Kuzi kambing pun sedap dimakan dengan roti manis ni. Boleh la anda tengok resepi yang dah kami tulis sebelum ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kuzi Kambing Sedap Menggiurkan Untuk Anda Cuba Sendiri
Bagi dapatkan resepi roti manis yang lembut dan sedap, kita akan gunakan pelembut doh atau dikenali water roux. Apa itu water roux ?
Ianya adalah agen pelembut roti dan dibuat menggunakan tepung gandum dan air dengan nisbah yang sesuai iaitu 1 : 5. Contohnya anda gunakan 20 gram tepung. Tambah 50 gram air. Tepung yang digunakan ialah tepung roti/tepung gandum.
Cara Pembuatan Water Roux :
1- Masukkan ke dalam periuk dan kacau sebati dua adunan ini menggunakan api sederhana dan masak hingga adunan menjadi pekat dan kental.
Bila dah siap, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan. Barulah disimpan ke dalam peti sejuk dan ianya boleh disimpan hingga 3 hari. Jadi tak perlu buat banyak. Tanda water roux ini dah rosak ialah ianya bertukar warna dan tekstur.
Terima kasih kepada Puan Siti Norbillah kerana sudi berkongsi resepi roti manis kepada kami semua. Memandangkan sekarang musim berada di rumah, bolehlah mencuba resepi roti ini.
Bahan Resepi Roti Manis Mudah :
- 250 gram tepung gandum
- 3 sudu makan gula
- 1 sudu makan yis
- 2 bji telur kuning
- 2 sudu makan susu tepung
- 2 sudu makan pelembut doh( water roux )
- 120 ml susu cair
- 3 sudu makan butter
- Secubit garam
Cara Buat Resepi Roti Manis :
#1: Siapkan water roux dulu dan simpan. Dalam bekas, gaul uli tepung,gulapelembut doh dan susu cair dimasukkan sedikit demi sedikit.
Uli dalam 10 minit dan tambahkan juga butter dan garam. Lepas tu boleh masukkan dalam pengisar dan sambung uli lagi untuk 10-15 minit. Kalau nak terus uli dengan mesin dari awal pun boleh.
#2: Uli sampai doh menjadi elastik.Lepastu bulatkan doh dan timbang seberat 30 gram setiap satu. Sambil itu panaskan oven api atas bawah 200° selama 15 minit.
Letak doh yang ditimbang tadi dalam loyang 9 inci yang disapu dasar dan dinding dengan butter dan rehatkan doh ditutup dengan tuala basah selama 15 minit atau sehingga doh kembang naik sekali ganda.
#3: Sapukkn susu cair pada permukaan doh dan bakar pada suhu 150’C selama 20 minit guna api atas bawah atau nila roti dah bertukar warna keperangan.
Setelah roti manis masak, sapukan butter di atas roti dan hidangkan.Selamat mencuba resepi roti manis sedap ini.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom