Resepi Roti Pandan Kastard Uli Tangan Tapi Sangat Gebu

2387
Lepas ni takde penguli pon boleh buat roti pandan kastard yang lembut kan .Ya guna tangan sahaja tapi masyaallah , lembut dan gebu roti walau makan sejuk.

Hari ni kami nak berikan resepi roti pandan kastard yang lembut dan gebu. Sedap dimakan untuk minum petang. Kalau dulu nak buat roti ni susah kan. Nak kena ada penguli roti la , itu lah , ini lah.Tapi sekarang tak perlu risau.Kita guna tangan je tau.

Adunan roti ni bukan untuk buat roti pandan kastard sahaja, tapi boleh macam-macam. Asalkan tahu nak ubah inti je tau. Jom kita tengok langkah demi langkah resepi roti pandan kastard ni.Mula-mula kita tengok cara sediakan sos kastardyang diletakkan di atas permukaan roti pandan kastard ni, jom kita tengok resepi dan cara buat.

BACA JUGA : Resepi Puding Roti Kukus Kastard Guna Blender Sahaja

Bahan bahan

  • 1 cawan susu cair*
  • 3 sudu makan susu pekat*
  • 1 sudu kecil esen vanilla*
  • 3 sudu makan tepung kastad
  • 1 biji kuning telur*
  • 1s udu makan mentega

Cara-cara menyediakan sos kastard :

#1: Satukan semua bahan-bahan yang bertanda * . Selepas itu masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau hingga sebati.

#2: Masak di atas dapur dengan api yang kecil. Tambahkan mentega dan kacau sebati hingga pekat.Siap . Untuk piping di ats roti, masukkan ke dalam plastik dan gunting bucunya.Senang kan.

Ok semua bahan dah siap , jom kita tengok camna cara nak buat roti pandan kastard ni.

Lepas ni takde penguli pon boleh buat roti pandan kastard yang lembut kan .Ya guna tangan sahaja tapi masyaallah , lembut dan gebu roti walau makan sejuk.

Resepi doh roti pandan kastard 

Bahan A

  • 1 paket yis kering 11 gram
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula (penuh berbukit)
  • 1 cawan air suam

Untuk tahu yis hidup atau tak, tuang ke dalam air suam dan biarkan seketika.Jika berbuih , itu tandanya elok. Satukan bahan A dan biarkan sehingga kembang. Masukkan yis bersama air suam dlu barulah bahan lain ea.

Bahan B

  • 3 cawan tepung roti / high protien
  • 2 sudu makan mentega (penuh berbukit)
  • 1 sudu teh bun softener
  • 1 sudu teh bread improver

Sebatikan semua bahan B dan ramas-ramas hingga semua sebati elok ya.

Bahan C

  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • Sedikit pewarna hijau epal

#1: Satukan bahan A dan bahan C. Kacau sebati dan tuang ke dalam bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Dan bermulah sesi uli menguli menggunakan tangan.Uli lah hingga doh menjadi elastik dan licin.

#2: Semasa menguli, basahkan tangan dengan lebihan bahan A. Jadi ulang proses ini. Uli, basahkan tangan , uli basahkan tangan. Lakukan proses ini hingga doh tidak lagi melekat di tangan. Sambil menguli, hempaskan doh dan tarik , selang seli proses ini. Ini bertujuan untuk mudah dapatkan doh yang elastik dan akhirnya roti yang gebu.

#3: Bila dah tak melekat kat tangan, rehatkan doh dalam bekas dan tutup dengan cover . Rehatkan 60 minit untuk doh mengembang. Seeloknya letak di dalam bilik yang tiada kipas or tempat yg sedikit panas.

#4: Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. Bahagiakan doh kepada saiz bola pingpong atau anda boleh timbang. Susun doh dalam bekas pembakar dan rehatkan lagi 60 minit.

Lepas ni takde penguli pon boleh buat roti pandan kastard yang lembut kan .Ya guna tangan sahaja tapi masyaallah , lembut dan gebu roti walau makan sejuk.

#5: Panaskan oven 15 minit, doh roti pandan kastard yang telah mengembang tadi boleh la dipiping dengan sos kastard. Dan apalagi, bakar lah pada suhu 160’C menggunakan api atas bawah selama 20 minit mengikut oven masing-masing.

Memang gebu gebas hasilnya. Selamat mencuba roti pandan kastard ini tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber Resepi
Puan Eiyjarn Aziean AnGah

VIDEO PILIHAN : RESEPI MANTOU