Resepi Roti Paung Best Gebu Gebas. Pakai Mixer Atau Tangan Je

91475
Resepi roti paung kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu ni

Alahai sedapnya resepi roti paung yang bakal kami siarkan resepi ini. Walaupun sekadar roti kosong, terus kami suka sebab ianya gebu dan lembut. Sedap cicah dengan air teh o ataupun kari ayam mahupun daging. Memang sesuai sangat untuk kami sebagai penggemar roti ini.

Resepi roti paung terengganu kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu di rumah memandangkan resepi mudah dan lengkap membuat roti ini kami siarkan. 

Boleh katakan resepi roti paung kosong ini adalah asas jika anda mahu belajar hasilkan roti sebab ianya boleh dibuat dengan tangan ataupun mixer sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Apam Pandan Coklat Cukup Gebu Dan Best Guna Blender

Terima kasih kepada Puan Noraini Maskam atas sumbangan resepi roti paung. Bolehlah kita buatnya sempena keadaan sekarang.

Resepi roti paung kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu ni

Bahan Resepi Roti Paung Mudah :

  • 6 cawan tepung high protein – cari di bakeri mesti ada
  • 1 3/4 cawan susu full cream milk
  • 3/4 cawan gula biasa
  • 11 gram yis mauripan
  • 3 biji telur grade B
  • 1/2 cawan mentega yang dicairkan sekejap atas api

Cara Buat Resepi Roti Paung Terengganu Sedap :

#1: Campurkan susu segar,gula,yis,telur dan kacau hingga bercampur menggunakan whisk. Kacau biasa sahaja.Kemudian masukkan mentega cair yang suam dan kacau manja. Biarkan selama 10 minit dan adunan akan berbuih menandakan yis hidup dan sesuai.

Masukkan adunan ini ke dalam tepung dan gaul manja hingga sebati menggunakan tangan. Barulah masukkan ke dalam mixer untuk diuli ataupun menggunakan tangan.

Resepi roti paung kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu ni

#2: Kalau tak ada mixer, gunakanlah tangan hingga doh tak melekat di tangan dan lembut dah. Campurkan sedikit taburan tepung jika nampak adunan lembik. Tapi jangan terlalu banyak nanti keras.

Bila dah siap uli nampak doh cantik terbentuk dah, buat bentuk bulat besar seperti selalu chef dan tutup dengan kain bersih.

Rehatkan adunan sehingga menjadi 2 kali ganda lebih kurang 20 minit.Selepas doh roti dah naik, tumbuk-tumbukkan doh tu untuk keluarkan angin.

Uli sekejap, dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil.Satu bahagian timbang 80g.

Tapi kalau gunakan loyang 9×9, buat 16 ketul doh kecil seberat 60g baru cun. Kalau tidak doh akan jadi padat dan tak cukup ruang nak mengembang.60g boleh dapat lebih kurang 20 ketul doh kecil. Extra 4 ketul tu guna la bekas loyang saiz kecik sikit.

Resepi roti paung kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu ni

#3: Sapu loyang empat segi 9×9) dengan mentega dan susun doh kecil tadi ke dalam loyang.Tutup doh dengan kain bersih lagi sekali.Rehatkan sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 30 minit.

Setelah doh dah naik cantik, letakkan butter di atas doh.Bakar dalam ketuhar pada suhu 160-170°C selama 20 minit sehingga ia kuning.Keluarkan roti dari ketuhar.Sapu atas roti dengan mentega sekali lagi.

Sedia untuk dihidang dengan kari ayam daging atau kaya. Memang sedap la rasa roti lembut ni.Heee. Selamat mencuba.

Resepi roti paung kosong yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu ni

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom