Resepi Roti Sardin Gulung Gebu Best.Mudah Untuk Anda Cuba

5177
menu minum petang atau sarapan pagi , boleh cuba resepi roti sardin gulung yang rangup dan gebu ini dengan menggunakan bahan-bahan ringkas sahaja.

Kalau anda tercari-cari menu minum petang atau sarapan pagi , boleh cuba resepi roti sardin gulung yang rangup dan gebu ini dengan menggunakan bahan-bahan ringkas sahaja.

Didalam resepi ini juga , anda akan gunakan minyak masak panas dan juga air ais. Apa fungsinya ?

Ianya supaya doh yang dihasilkan lembut dan bila digoreng nanti, kulit roti sardin gulung rangup dan juga gebu dalam masa yang sama. Tak perlu panaskan mendidih. Cukup panaskan minyak bila mulai terasa panas. Lepas itu boleh tutup.

BACA DI LINK BARU :Resepi Kek Marble Jelita Lembut Habiss.Best Sangat Resepi Lengkap

Untuk air ais, anda boleh guna air sejuk dari penapis air atau ketuk kecil ais dan tambahkan air.

Terima kasih kepada Puan May Bunga atas sumbangan resepi roti sardin gulung yang sedap ini. Boleh kami semua mencubanya.

menu minum petang atau sarapan pagi , boleh cuba resepi roti sardin gulung yang rangup dan gebu ini dengan menggunakan bahan-bahan ringkas sahaja.

Bahan Resepi Roti Sardin Gulung Mudah Gebu :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak panas
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • Air ais secukupnya

Bahan Inti :

  • 1 tin kecil sardin ( buang kuah 3/4 tin )
  • 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 2 tangkai cili ( atau ikut tahap kepedasan anda suka )
  • 1 sudu makan sos cili
  • Secubit garam

Cara Buat Resepi Roti Sardin Gulung Mudah :

menu minum petang atau sarapan pagi , boleh cuba resepi roti sardin gulung yang rangup dan gebu ini dengan menggunakan bahan-bahan ringkas sahaja.

#1: Dalam bekas, campurkan tepung,marjerin,garam dan minyak masak panas terlebih dahulu dan gaul dengan sudip. Hati-hati.

Hasil yang digaul dengan minyak panas akan jadi berketul seperti dalam gambar. Jangan risau.

Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh tidak melekat di tangan. Bila siap uli,rehatkan doh 15 minit.

#2: Bulat-bulatkan doh dan leperkan dengan penggelek. Gulung doh yang leper tadi seperti anda gulung laksam dan lepas itu potong doh menjadi bahagian kecil.

Untuk inti, anda boleh buat terlebih dahulu dengan hancurkan ikan sardin. Tumis sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.Masukkan sardin, cili,sos cili dan secubit garam. Masak hingga sedikit kering.

menu minum petang atau sarapan pagi , boleh cuba resepi roti sardin gulung yang rangup dan gebu ini dengan menggunakan bahan-bahan ringkas sahaja.

#3: Leperkan doh tadi seperti bentuk buah pear, buat garisan seperti dalam gambar pada hujung doh dan barulah masukkan inti sardin dalam 1/2 sudu makan atau ikut suka anda.

Gulung seperti biasa dan pada hujung doh, sapukan air bancuhan gandum yang berfungsi sebagai gam.Panaskan minyak pada api sederhana dan goreng dengan api sederhana sehingga masak.

Siap resepi roti sardin gulung yang mudah tapi sangat sedap ini.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom