Resepi roti sardin yang kami berikan ini memang sangat sesuai untuk dimasukkan dalam menu hidangan cepat.Sesuai untuk sarapan anak-anak dan juga bekal kepada ibu, ayah bawa pergi ke tempat kerja.
Mana taknya, cara buat resepi roti sardin yang sangat senang.Hanya masukkan sardin dalam campuran bahan lepas tu celup dan juga goreng.Mudah kan.
Untuk hilangkan bau hanyir ikan sardin, anda kena masak seketika isi ikan sardin.Caranya senang sahaja, tumis sikit bawang putih dengan halia, lepas tu masak isi ikan sardin dan masukkan kuah sedikit.
Untuk campuran dengan bahan lain, jangan masukkan bawang halia yang ditumis tadi, kuah pun seminima mungkin.Ambil isinya sahaja dan lecekkan dengan sudu supaya isi ikan sardin hancur.
Kalau beli roti sardin yang dijual di gerai, mesti kita perasan bila tekan roti.Masyaallah, banyak sangat keluar minyak. Ini kerana roti menyerap minyak semasa digoreng.
Kami berikan video tutorial di bawah untuk anda tengok dan cuba sendiri di bawah ya .
Tapi jangan risau, untuk resepi roti sardin istimewa ni, kami sarankan anda guna kuali non stick dan gunakan minyak yang seminima mungkin. Hasilnya roti tak serap minyak banyak dan lagi sedap tau.
Terima kasih kepada Puan Ain Farahin atas sumbangan resepi roti sardin yang menjadi rujukan kepada kami dan pembaca lain.
Bahan Resepi Roti Sardin Ketagih:
- 3 biji telur ayam size B
- 1 tin kecil ikan sardin ikut jenama anda suka
- 2 tangkai cili padi hijau
- 2 tangkai cili padi merah
- 1/2 tangkai cili merah besar
- Sedikit bawang merah
- Sedikit bawang besar / bawang holland
- Sedikit daun bawang
- Sedikit garam dan serbuk perasa.
Kalau ada serbuk lada sulah, blackpepper, mix herbas ,oregano boleh la letak sikit-sikit ikut citarasa ea.Semua ini terpulang.
Kalau anda suka lagi pedas, boleh la masukkan lagi cili ya.
Cara Penyediaan Roti Ikan Sardin Paling Sedap :
#1: Potong dadu bawang dan hiris halus cili.Masukkan semua bahan kecuali roti ke dalam satu bekas dan satukan.Pukul manja supaya semua sebati dan letakkan sedikit perasa yang anda suka.
Lepas tu boleh la potong roti ikut yang anda suka.Nak segi empat ke nak segi tiga semua boleh.
#2: Ambil roti sekeping demi sekeping dan celup 3-4 kali dalam campuran isi sardin tadi. Biarkan dengan telur dan isi sardin melekat di atas roti.
#3: Panaskan kuali non stick dan letakkan minyak sedikit sahaja. Masak roti hingga masak ikut tahap kegaringan anda mahu.Balik sekali sahaja tau.
Siapla resepi roti sardin kegemaran anak-anak.Sedap sangat dimakan panas-panas tau.
Kalau anak-anak jenis yang suka cheese, selepas dah siap goreng, boleh susun dna letakkan kepingan cheese di atasnya.
Masukkan lebih kurang 7-9 minit ke dalam oven supaya cheese mencair di atasnya.Selamat mencuba. </>
Video tutorial resepi roti sardin 2 versi :