Resepi Roti Sosej Sedap Dengan Sosej Ayam Homemade Berkhasiat

1815
Memang sedap betul resepi roti sosej goreng ni.Dengan gunakan sosej ayam homemade dengan resepinya ada diberi, letak pula kepingan cheese.Meleleh roti nya

Resepi roti sosej kukus atau goreng memang menjadi kegemaran kami anak beranak.Mudah dan sangat sedap dicicah bersama sos sili atau mayonis.Tapi sebagai ibu,saya perlu fikirkan resepi sosej yang sihat untuk dijadikan makanan anak-anak.

Manakan tidak , sosej yang dijual di pasaraya dibuat daripada bahan ayam yang tidak berkuali dengan penggunaan bahan kimia yang pelbagai dan mengandungi peratusan garam yang tinggi. Sangat bahaya untuk anak-anak.

Oleh itu resepi roti sosej goreng ini saya sertakan sekali dengan resepi sosej homemade khas untuk ibu-ibu yang mahukan terbaik untuk anak-anak.

Bahan Resepi Sosej Ayam Homemade :

  • 600 gram dada ayam
  • 1 biji bawang besar ( bawang holland )
  • 2 tangkai cili kering jika suka pedas
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu makan tepung ubi
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sayuran pilihan seperti lobak merah,cendawan,lada benggala

BACA DI LINK BARU: Resepi Kuih Cara Berlauk Inti Daging Yang Sangat Sedap

Cara Buat Sosej Ayam Homemade :

#1: Potong kecil semua bahan dan campurkan dalam mesin pengisar kecuali tepung ubi. Kisar halus semua bahan dan masukkan dalam bekas. Tambah tepung ubi dan kacau sebati.

#2: Isikan dalam plastik aiskrim.Jangan gunakan plastik lembik untuk wrap makanan nanti tak tahan panas.Jadikan bahan kimia meresap masup ke dalam sosej. Gunakan plastik yang boleh tahan pada suhu 150’C. Ada dinyatakan pada label.

Memang sedap betul resepi roti sosej goreng ni.Dengan gunakan sosej ayam homemade dengan resepinya ada diberi, letak pula kepingan cheese.Meleleh roti nya

#3: Pintal hujung di kedua bahagian ketat-ketat supaya bentuk sosej terbentuk.Didihkan air dan rebus sekitar 15 minit supaya semuanya masak. Boleh la simpan di bahagian sejuk beku dan guna untuk goreng,bakar atau buat resepi roti sosej kita.

Bahan Resepi Roti Sosej Goreng Sedap :

  • 5 keping roti dilenyek supaya nipis rata
  • 5 sosej rebus dulu sampai masak ( sambung rebus daripada yang buat homemade tadi )
  • 5 keping cheese
  • 1 biji telur
  • serbuk roti

Cara Buat Resepi Roti Sosej Gulung :

#1: Roti yang dilenyek tadi, letak sekeping cheese di atasnya baru diletakkan sebatang sosej.Gulung rapat dan tekan sedikit supaya tidak terbuka.Hujungnya letak sedikit telur supaya melekat.

#2: Rendam dalam telur yang dikacau dan dipecahkan sebelum golek-golek dalam serbuk roti.Panaskan minyak dan goreng roti sosej gulung ni sehingga kekuningan dengan api sederhana.

Memang sedap betul resepi roti sosej goreng ni.Dengan gunakan sosej ayam homemade dengan resepinya ada diberi, letak pula kepingan cheese.Meleleh roti nya

Bila roti sosej cheese dah dipotong ni , bestnya lihat cairan cheese mencair keluar. Makan dengan sos cili dan sedikit mayonis.Memang best sangat la.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom