Resepi Sagu Gula Melaka Menarik Selera Terutama Bulan Puasa

269119
Aishhh sedap sungguh tengok resepi sagu gula melaka pekat camni.Best sangat makan waktu panas-panas atau bulan puasa nanti.Letak seketul dua ais,ngamm.

Resepi sagu gula Melaka walaupun mudah untuk dibuat dan didapati di pasar malam, tapi ada segelintir penjual yang jadikan pencuci mulut ini tidak sedap dengan pengurangkan kepekatan bahan dalam pembuatannya.Hasilnya bila kita terkena sekali, memang reject dah lain kali.

Tambah-tambah kalau waktu bulan puasa.Bila berkunjung ke bazar Ramadhan tengok pula sagu gula melaka yang bewarna warni.Terus terliur sebab haus kan. Terbayang kesedapan sagu yang diletak ais untuk sejukkan lagi kuahnya.Santan pekat lepas tu gula melaka pekat.Aduh memang menggugat iman.

Jadi hari ni kami berikan anda resepi sagu gula melaka yang boleh anda buat sendiri di rumah dan rasa berpuas hati dengan hasilnya untuk santapan keluarga tersayang. Tak la susah sangat.

Kalau anda nak sagu bewarna warni , sama ada guna sagu putih lepas tu bila dah masak dimasukkan pewarna atau anda boleh senangkan kerja dengan terus beli sagu kering yang siap bewarna dah. Mudahkan kerja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Mai Sedap Sungguh Rugi Tak Cuba

Anda tak suka makan santan ? Jangan risau boleh je ganti santan dalam sagu gula melaka ni dengan susu cair. Tapi bagi kami, ianya kurang umppphhh berbanding penggunakan santan.

Aishhh sedap sungguh tengok resepi sagu gula melaka pekat camni.Best sangat makan waktu panas-panas atau bulan puasa nanti.Letak seketul dua ais,ngamm.

Bahan Resepi Sagu Gula Melaka Mudah :

Bahan  Sagu :

  • 1 cawan biji sagu bewarna
  • 2 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul

Bahan Air Gula Melaka :

  • 1 ketul gula melaka atau boleh guna yang jenis kerek dalam 4-5 ketul.
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul

Bahan Untuk Santan :

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Penyediaan Resepi Sagu Gula Melaka :

#1: Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.Masak sampai sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji pada sagu.

Boleh la diletakkan dalam bekas acuan kecil-kecil atau nak biarkan nanti pun boleh.

Aishhh sedap sungguh tengok resepi sagu gula melaka pekat camni.Best sangat makan waktu panas-panas atau bulan puasa nanti.Letak seketul dua ais,ngamm.

Jika guna sagu putih.selepas tos kan sagu yg sdh masak.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing2.Kacau guna garfu.pastu, bilas ngan air masak.

#2: Ketepikan seketika sagu dan masak gula melaka. Campurkan semua bahan dan biarkan gula melaka mencair dan sedikit pekat.Lepas tu sambung pula masak santan pekat tadi. Sama juga.Campurkan semua bahan lepas tu bila dah mula mendidih, tutup api.

Tujuan kita masak santan adalah untuk lambatkan santan sagu gula melaka ni cepat basi ya.

#3: Dah siap bahan yang diperlukan. Nak sedap isi semua dalam bekas lepas tu sejukkan di bahagian sejuk beku dalam 30 minit lepas tu kuarkan dan letak dibahagian biasa. Atau nak makan nanti letak seketul dua ais. Sukatan dia terpulang pada citarasa anda. Ada suka santan lebih ada suka gula melaka lebih.

Kami suka makan sejuk-sejuk.Best.Resepi sagu gula melaka camni memang hasil dia terbaik. Nanti boleh cuba kan.

Aishhh sedap sungguh tengok resepi sagu gula melaka pekat camni.Best sangat makan waktu panas-panas atau bulan puasa nanti.Letak seketul dua ais,ngamm.