Kali ini kami mahu berikan anda 2 versi resepi sambal ayam penyet untuk anda nikmati sendiri versi mana yang paling menambat hati dan mana tahu, daripada pilihan versi ini, dicampur dengan sedikit bahan pilihan anda sendiri, menjadi lebih sedap. Mesti best kan.
Kalau makan nasi ayam penyet, 2 benda paling penting ialah mestilah sambal ayam penyet nya dan rasa rempah ayam gorenng penyet. Kalau rasa unik yang melambangkan identiti nasi ayam penyet tidak dapat ditonjolkan atau kurang pada dua bahan ini, boleh dianggap gagal hidangan nasi ayam penyet tu.
Jadi penting untuk kita hasilkan bebetul dua bahan utama ni dan atas sebab itulah kami berikan dua versi resepi sambal ayam penyet dan untuk resepi lengkap nasi ayam penyet, boleh baca artikel ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Penyet Beserta Sambal Ayam Penyet Sedap
Kalau antara kedai yang menawarkan hidangan nasi ayam penyet ni, anda boleh berkunjung ke Restoran Nasi Ayam Penyet Wong Solo dan juga Restoran Dapur Penyet yang banyak terdapat dalam mall.
VERSI 1 RESEPI SAMBAL AYAM PENYET ISTIMEWA
Terima kasih kepada Puan Rita Zara di atas sumbangan resepi sambal ayam penyet ni. Memang tak rugi mencubanya sebab beliau pernah belajar di Indonesia, maka aroma rasa masakan Indonesia sedikit sebanyak mempengaruhinya
Bahan Resepi Sambal :
- 9 biji cili merah besar
- 45 biji cili padi
- 3 biji tomato saiz sederhana
- 4-6 biji bawang merah yg size besar syiling 20 sen baru
- 5 ulas bawang putih
- 3 inci belacan (keluasan 3x 1 inci)
- 1 cawan minyak
- Garam,gula,serbuk perasa secukupnya
Cara Buat Resepi Sambal Ayam Penyet Tahan Lama :
#1: Potong halus semua bahan kecuali belacan.Panaskan minyak dan mula goreng bahan berasingan. Mulakan dengan bawang, selepas itu cili,belacan dan akhir sekali tomato sebab ianya lembik berair. Goreng hingga layu.
Nak sedap, tumbuk atau giling dengan lesung batu. Baru rasa sambal lagi menonjol daripada blender. tapi nak belend pun boleh.Cepat sikit.
#2: Masukkan kesemua sekali dalam minyak gorengan tadi dan biarkan pecah minyak dengan api kecil beberapa kali. Sesuaikan rasa ikut selera tekak dengan gula,garam dan serbuk perasa.
Bila dah pecah minyak beberapa kali ni, mestilah ianya tahan lama tak cepat basi. Nak makan nanti ceduk buang la minyak ea.
VERSI 2 RESEPI SAMBAL AYAM PENYET SEDAP
Versi ini berbeza dengan versi pertama ya. Ianya tidak menggunakan bawang putih dan juga tidak perlu ditumis hingga pecah minyak. Maksudnya selepas kisar, dah siap.
Rahsia kesedapan sambal ayam penyet yang ni terletak pada hasil gorengan bahan dan juga aroma belacan bakar.Terima kasih kepada Cik Pooja atas sumbangan resepi.Semoga murah rezeki.
Bahan Resepi Sambal Ayam Penyet :
- 3 labu bawang merah besar India saiz bola pingpong
- 5 tangkai cili hidup besar
- 1 biji tomato saiz besar
- 1 genggam cili Thai hijau
- 1/2 genggam cili Thai merah
- 1 ketul belacan saiz 50 sen baru.
- 1 cawan minyak
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara Buat Sambal Ayam Penyet Hijau:
#1: Semua bahan ni dibasuh bersih dan digoreng kecuali belacan. Bakar belacan atas api. Untuk goreng, goreng sekali gus semua bahan hingga layu dan masak betul sebab kita tak tumis dah.
Masukkan dalam blender bahan gorengan dengan minyak sekali. Tak perlu letak air, letak garam,gula,serbuk perasa sikit dahulu takut terlebih. Kisar 80% halus.
Perasakan semula secukupnya. Okey dah siap dan tunggu sejuk boleh simpan di dalam peti.
Untuk resepi sambal ayam penyet ini, kalau anda suka hendak masukkan ikan bilis yang digoreng, boleh juga. Itu antara bahan tambah yang anda boleh masukkan.
Semestinya bila sambal dah siap, mestilah boleh je rebuskan ayam dengan bahan rempah, sediakan sup, goreng tempe dan tauhu , lepas tu makan. Adui best nya. Kami pun tak sabar nak buat bila fikir. heee. Untuk ikan, boleh guna ikan keli atau ikan talapia dan masuk elok gandingannya dengan sambal ayam penyet yang telah kami berikan ini.
Selamat mencuba resepi yang telah disediakan. Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom