Resepi Sambal Belacan Powerrr Yang Patut Anda Ada Dalam Peti Ais

75800

Kalau sebut resepi sambal belacan, banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada makanan bergoreng seperti nasi goreng , mee goreng hingga hidangan sampingan untuk masakan panas dan juga sebagai penyedap rasa untuk ikan bakar.Memang banyak kegunaannya kan.

Tapi kadang-kadang, yang sampai ke meja tidak menepati cita rasa.Dengan sambal belacan terlebih masinnya, terlebih belacan, penggunaan MSG terlebih ,pedas sangat .Haishhh.Susah nak cari yang kena dengan tekak.

Takpe.Hari ni kami nak bagi satu resepi sambal belacan yang umppph.Sekali buat mesti akan ulang lagi.Yang bestnya sambal belacan tahan dalam peti berminggu.Sebab tak guna air dan proses pengawetan hasil dari air limau kasturi dan juga cuka makan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat

Tips nak dapatkan sambal belacan yang best ni bawang merah dan putih serta belacan mestilah dibakar terlebih dahulu hingga keperangan.Baru lah dikisar dengan bahan lain.

Memang best resepi sambal belacan ikut cara macam ni. Buat cicah ulam-ulaman best kan. Bawang merah dan putih dibakar terlebih dahulu dan yang buatkan sambal ni tahan lama, sebab tak guna air.Belacannya pula kami dapat dari Sarawak.Pure udang.Saudara yang buat.

Air kosong juga tak guna dalam pembuatan sambal belacan kali ni.Kuantiti yang kami bagi ni boleh buatkan sambal bertahan dalam seminggu jika dimakan hari-hari.

Kami cuba resepi sambal ni hasil daripada Puan Nuralfilail.Dia memang kami leh kata pakar masak masakan Kelantan.Aduhhh sedap .

Bahan-bahan untuk resepi sambal belacan ni :

  • 8 ulas bawang merah saiz 50 sen  baru
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci belacan

Alur air ( basuh bawah air paip ) sekejap,belah dua dan bakar atas pan semua bahan di atas sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sbb bahagian yang sebelah tu tebal jadi amek masa lama sikit tuk masak.Takpe bg dia hangit kulit tu.Nnt nk blend baru kupas.Tak perlu basuh dah.

  • 10 biji cili merah besar ( lada merah )
  • 20 biji cili hijau Thai buang tangkai
  • 3 sudu makan gula putih
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 9-10 biji asam limau kasturi saiz kecil
  • 1 sudu makan gula perang

Cara buat resepi sambal belacan best ni :

#1: Potong cili ,alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga.Itu tips juga tu nk bg sambal sedap.
.
#2: Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cil.Bwg bakar td,gula,garam gula perang,air perahan limau kasturi,belacan,bwg putih,cuka .Tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
Lepas tu kisar bagi lumat.

#3: Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.Kisar ikut tahap lumat yang awak nak.CA suka 80-85% lumat je.

#4: Tabur kulit limau yg diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka ( parut awal-awal sebelum perah).Lepas tu rasa n adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.
.
Simpan kt luar semalaman,esok baru simpan dalam peti n mula makan.Makin lama makin sedap..

Memang best resepi sambal belacan ikut cara macam ni. Buat cicah ulam-ulaman best kan. Bawang merah dan putih dibakar terlebih dahulu dan yang buatkan sambal ni tahan lama, sebab tak guna air.Belacannya pula kami dapat dari Sarawak.Pure udang.Saudara yang buat.

Sambal jadi sedap bila dah semalaman bagi lada nya dijeruk oleh air asam limau dan  cuka Makin lama makin sedap.Senang nak makan dengan pelbagai jenis hidangan yang anda nak.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom