Untuk kali ini, resepi sambal goreng yang kami berikan sangat terasa istimewanya. Bukan sahaja sedap malah kalau anda demam tiada selera untuk makan, boleh letak sambal goreng ini bersama ikan atau ayam goreng malahan ikan bilis dan makan dengan nasi lembut.
Nasi lembut yang kami maksudkan ialah beras nasi air. Kalau sakit atau nak buat makan nasi bubur nasi air, memang kami sangat suka guna beras ni. Boleh dapatkan di sini : https://shp.ee/4mp53bm . Memang sedap. Cara masak dia senang je. 1 cawan beras guna 3-4 cawan air tiada masalah.
Resepi sambal goreng ni ada juga yang panggil sambal goreng berlado, ada yang panggil sambal goreng ikan bilis. Boleh semua nak panggil nama apa asalkan sedap masuk dalam tekak kan.hee
Untuk resepi sambal goreng ini, rasa dia sangat beraroma dan level pedas di peringkat rendah. Sesuai lah buat. Terima kasih kepada Ben Safwan yang berikan resepi sambal goreng sedap ini.
Tips untuk buat resepi sambal goreng mudah ni :
1- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam chopper. Senang tak perlu risau. Keluar terus cantik hasil cincangan. Kalau guna blneder nanti halus sangat. Tak berapa cantik.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Ayam Penyet 2 Versi Menggiurkan.Sedap Amat Yang Tumbuk
Bahan Resipi Sambal Goreng Sedap :
- 200 gram cili hijau thai ( berat termasuk tangkai )
- 200 gram bawang merah siap kupas
- 1 biji tomato sederhana besar
- 2 sudu makan ibu sambal ( boleh ganti dengan 30 gram cili merah thai berat bersih )
- 2 batang saderi berat 150-170 gram
- 2 pokok ketumbar ( 9-10 tangkai )
- 1 keping ikan tenggiri jeruk
- 1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm juga
- 2 hirisan lengkuas 4×5 cm dengan tebal 0.2 cm
- 25 gram gula kabong thai warna oren tu
- 20 gram belacan
- 1 keping asam keping kampung elokkkk
- Garam/serbuk perasa knorr /gula putih
- Minyak
Cara Buat Resepi Sambal Goreng Istimewa :
#1: Bersihkan semua bahan dan masukkan dalam chopper. Ben chopper kan aje semua. Kalau xde chopper, blender kasar.Letak minyak banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan api sederhana kecil je. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.
#2: Api tu kecik betul bila dah selepas satu kali dia pecah minyak. Baru sambal tak hangus bawah dan tak terpercik.Bila nampak dah elok masak semua,tambah serbuk perasa /garam/gula ikut tekak akak.Sedap bila semua bercampur. Ben suka guna batang saderi ni dengan daun ketumbar. Rasa dia sodap bagi tekak Ben.
#3: Minyak banyak takpe. Nanti nak simpan tahan lama kat luar senang. Tak payah masuk dalam peti. Sebab kita dah tumis 40-45 minit api kecik. Air dalam cili/batang saderi dah kering dah.Nanti nak makan jangan diambil minyak tu. Ambil sambal dia saja.
Sangat membahayakan bila makan dengan nasi putih lembik panas-panas dan letak ikan rebus goreng or ayam goreng bodoh.Selamat mencuba ya.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>