Resepi Sambal Hitam Pahang Original 4 Bahan Sangat Sedap

566
Memang sedap sangat resepi sambal hitam pahang ni.Dibuat dengan bahan original 4 bahan dan dimasak dengan cara orang lama-lama memang best.Sambal best

Sebut sahaja sambal hitam pahang , terbayang sambal yang cukup rasa dengan masam belimbing buluhnya,masin serta manisnya yang sangat sesuai dimakan dengan apa jua hidangan.Makan dengan nasi putih dan berlaukkan sambal ini sahaja sudah cukup menyelerakan.

Kalau nak pergi bercuti ke mana-mana tempat, selain sambal bilis kering, bolehla anda bawa bekal sambal ni.Memang bertambah nasi.

Ramai yang beritahu resepi sambal hitam pahang dialah resepi paling original tetapi yang sebenar-benarnya, hanya 4 bahan diperlukan untuk membuat sambal ini dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi untuk menghasilkan sambal berkualiti. 4 bahan tersebut adalah ikan bilis, belimbing buluh yang siap direbus,cili padi dan juga bawang merah besar

Tips untuk buat sambal hitam pahang original ini yang pertama, belimbing buluh hanya dicampurkan dengan garam halus dan direbus tanpa air.Air belimbing akan keluar dan selepas 7,8 jam, air menyejat serta belimbing tadi bertukar warna menjadi kehitam-hitaman. Jika anda tak sanggup lalui proses ini, boleh juga beli yang dah siap banyak dijual di Pahang terutama Kuala Lipis.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Tips kedua, kalau nak lagi sedap, tumbuk dengan lesung batu ikan bilis,cili padi dan juga bawang berbanding kisar dengan mesin.Bila tumbuk ni lain macam perasa dia.

Kuantiti bahan terpulang pada diri nak buat macam mana tapi lebih sedap jika kita agak je sukatan tu. Terima kasih Puan Nurul Atiqah di atas sumbangan resepi.

Memang sedap sangat resepi sambal hitam pahang ni.Dibuat dengan bahan original 4 bahan dan dimasak dengan cara orang lama-lama memang best.Sambal best

Bahan Resepi Sambal Hitam Pahang :

  • 100 gram ikan bilis
  • 100 gram bawang besar merah India
  • 20-25 cili padi ( boleh letak banyak jika suka )
  • 100 gram belimbing hitam iaitu belimbing yang dah siap direbus

Cara Buat Sambal Hitam Pahang Original :

#1: Kisar ikan bilis dan bawang tak perlu hancur sangat sekitar 80% sahaja.Lepas tu baru kisar cili padi lumat.Nak sedap tumbuk je ikan bilis dan bawang jika rajin.Lenyek belimbing hitam dengan lesung batu.Supaya nanti mudah nak ratakan.

Memang sedap sangat resepi sambal hitam pahang ni.Dibuat dengan bahan original 4 bahan dan dimasak dengan cara orang lama-lama memang best.Sambal best

#2: Panaskan minyak dalam kuali ikut kuantiti banyak mana kita nak masak. Macam masak sambal biasa. Lebih takpe sebab dah masak kering nanti boleh tapis dulu. Kalau kurang boleh tambah kemudian.

#3: Masukkan semua bahan tadi iaitu bawang, ikan bilis, cili padi, belimbing hitam.Biar je atas dapur sambil kita kacau jarang-jarang dengan api sederhana kecil. Nak buat sambal hitam ni kena lama. Bila dah nampak makin kering,boleh la rasa. Kalau rasa tak cukup masin tambah garam. Tapi biasanya garam dah tak letak sebab belimbing dan ikan bilis dah masin. Tak cukup masam tambah belimbing hitam lagi. Jgn risau senang je buat sambal ni. Boleh sesuaikan

#4:  Kacau sampai sambal hitam kering. Sambal hitam yg masak akan berwarna gelap ya. Boleh rujuk gambar

Memang sedap sangat resepi sambal hitam pahang ni.Dibuat dengan bahan original 4 bahan dan dimasak dengan cara orang lama-lama memang best.Sambal best

Boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau sebagai lauk tambahan. Pantang bagi sambal hitam pahang ni jika letak kicap supaya hitam.Jangan tambah kicap untuk bagi hitam. Resepi ori sambal hitam takda kicap. Biarkan sambal itu gelap dengan sendirinya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom