Bagi sesetengah orang dan seperti saya, saya suka makan pada waktu yang tak tentu.Jadi bekalan makanan sentiasa ada.Salah satunya resepi sambal ikan bilis yang telah dimasak dan disimpan dalam peti ais.
Terasa lapar je pada waktu bila-bila , terus ambil sambal bilis dan panaskan ikut kuantiti yang dimahukan untuk makan bersama nasi putih atau roti kan. Kadang-kadang buat cicah lempeng sambal ikan bilis tumis ni.
Untuk resepi sambal ikan bilis kekal elok dan tidak rosak, masukkan sedikit cuka makan dalam kuantiti 1 sudu makan ketika mengisar cili kering.Memang elok tahan dua-tiga minggu menggunakan kaedah macam ini untuk pastikan sambal ikan bilis elok.
Untuk dapatkan warna dan rasa sambal yang tak terlalu pedas, saya memang suka gunakan cili kering yang pendek dan gemuk tu.Itu pilihan hati.
Untuk Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step boleh juga gunakan sambal bilis ni.
Bahan Resepi sambal ikan bilis tumis ini:
Resepi sambal bilis ini untuk 300g -500gram ikn bilis sukatan ni.
Goreng ikan bilis guna api kecil dan biarkan sedikit garing sedikit.
Minyak banyak sikit takpe sebab nanti kita akn saring. Angkat n ketepikan .
- 1 helai daun pandan
- 1 keping asam gelugor
- 4 senduk cili kisar
- 2 sudu makan gula melaka/merah hancur
- Gula / serbuk perasa
Bahan Kisar
- 1 cm belacan bakar
- 1 batang serai saiz sederhana
- 3 bawang merah saiz 50 sen lama
- 1/2 cm halia muda
- 1/2 cm lengkuas
Blend sampai lumat dan gunakan kuantiti air yang sedikit sahaja lebih kurang suku dari bahan yang dimasukkan.
Cara-cara membuat resepi sambal ikan bilis tumis ini:
#1: Tumis bahan yang telah dikisar sampai naik minyak menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi .Guna api kecik sahaja. Bila bahan tumis terbit minyak, masukkan daun pandan dan asam gelugor. Barulah dimasukkan 4 senduk cili kisar .
#2: Masak dengan api kecil dan biarkan bahan tumis pecah minyak sehingga 3-4 kali serta kacau untuk elak hangit di bahagian bawah, tambah 2 sudu makan gula merah ( gula melaka versi hancur,dia x berapa manis tapi kaler je bagi cantik).Kacau sampai pecah minyak beberapa kali lagi.
#3: Lepas tu saring tisu atas permukaan minyak tuk buang lebihan minyak ikut kita nak.Buangkan juga asam gelugor n daun pandan tuk elak terlebih masam nanti. X best.Masukkan bilis tadi baru ejas rasa dengan masin manis serta serbuk perasa knorr pasti sedap.Garam biasanya tak perlu sebab ikan bilis sendiri dah terasa masin
Sejukkan dan siap sambal ikan bilis best ni. Simpan dalam peti ya. Selamat mencuba resepi sambal ikan bilis yang sedap ni.
Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>