Resepi Sambal Kicap Johor dan Keledek Goreng Yang Best

1203
resepi sambal kicap johor yang sangat sempurna untuk anda cuba. Makan pula dengan soto,tempe,tauhu, keledek goreng atau pisang goreng, aduhai sedapnya.

Kami mahu kongsikan resepi sambal kicap johor yang sangat sempurna untuk anda cuba. Makan pula dengan soto,tempe,tauhu, keledek goreng atau pisang goreng, aduhai sedapnya.

Adunan bancuhan keledek goreng ini boleh anda guna bukan untuk setakat keledek sahaja. Tapi kepada pisang goreng, tapai ubi goreng dan juga cempedak goreng.

Tips untuk hasilkan resepi sambal kicap johor dan keledek goreng rangup :

1- Untuk dapatkan rasa rangup,gunakan air sejuk untuk adun bancuhan tepung untuk gorengan.

2- Goreng pisang dalam suhu sesuai. Jangan api terlalu besar nanti dia cepat hangit. Jangan kecil sangat nanti dia lembik dan serap minyak.

BACA DI LINK BARU :Resepi Sambal Petai Tempe Asam Best Makan Dengan Ikan Goreng

3- Untuk resepi sambal kicap johor, pastikan anda goreng bawang putih dengan minyak menggunakan api kecil sehingga mulai keperangan untuk elakkan rasa mentah bawang.

Terima kasih kepada Puan Norhayati Bt Ismail Tang di atas resepi.

resepi sambal kicap johor yang sangat sempurna untuk anda cuba. Makan pula dengan soto,tempe,tauhu, keledek goreng atau pisang goreng, aduhai sedapnya.

Bahan Resepi Sambal Kicap Johor : 

  • 30 biji cili padi
  • 2 labu bawang putih
  • Kicap masin  ikot paras cili dlm jug blender
  • 3 sudu makan cuka/air limau
  • 5 sudu makan gula

Cara Buat Resepi Sambal Kicap Johor :

#1: Panaskan minyak dan goreng dengan api kecil bawang putih sehingga mulai keperangan. Masukkan bawnag putih ke dalam jug blender. Tambahkan cili. Isikan kicap masin sehingga ke paras cili.

Baru masukkan cuka makan dan gula. Kisar hingga hancur. Dah siap sambal kicap. Boleh kita mulai goreng ubi keledek.

resepi sambal kicap johor yang sangat sempurna untuk anda cuba. Makan pula dengan soto,tempe,tauhu, keledek goreng atau pisang goreng, aduhai sedapnya.

Bahan Resepi Keledek Goreng : 

  • 5-6 biji keledek dihiris
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais

#1: Bersihkan ubi keledek dan hiris nipis. Dalam bekas, masukkan tepung gandum,tepung beras, minyak masak, garam dan kacau rata. Tambahkan air 1 cawan dan kacau. Kalau adunan masih pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

Bancuhan tepung mestilah sedikit pekat supaya melekat pada ubi keledek. Panaskan minyak pada api sederhana.

resepi sambal kicap johor yang sangat sempurna untuk anda cuba. Makan pula dengan soto,tempe,tauhu, keledek goreng atau pisang goreng, aduhai sedapnya.

Goreng ubi keledek sehingga masak. Siap sedia untuk dimakan bersama sambal kicap johor yang sedap ini.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom