Resepi Sambal Petai Tempe Asam Best Makan Dengan Ikan Goreng

7687
Memang sedap betul resepi sambal petai asam tempe ikan talang ni. Premium sungguh. Kami makan dengan ikan tilapia goreng. Aduhh puas hati. Pelbagai rasa dia.

Hari ini kami kongsikan resepi sambal petai yang bukan sebarang sambal tau. Boleh dikatakan ini sambal premium. Ada petai, ada tempe goreng ada ikan talang.Hasilnya, sambal ini mempunyai banyak rasa. Ada pedas, manis,masin,masam,aroma petai bersatu dalam rasa sambal.

Memang sedap cicah dengan ikan goreng rangup seperti ikan tilapia dan juga ulam kampung yang dicelur seperti pucuk ubi, jantung pisang dan lain-lain.Sedap makan nasi.Bertambah-tambah.

Tips resepi sambal petai tempe ikan talang asam yang best :

1 – Minimakan/zero terus penggunaan air kosong.Cecair hanya datang daripada minyak. Ini akan jadikan sambal cukup sedap dan juga tahan lama.

2- Masak biar pecah minyak berulang kali pada api kecil dan kacau sesekali. Untuk kuantiti di bawah ini, anggaran masak 1 jam 30 minit – 2 jam untuk dapatkan hasil yang betul-betul puas hati.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Blackpepper Best Dan Senang Dibuat Di Rumah

3-Jangan kedekut guna minyak untuk menumis dan mereneh sambal petai . Nanti di akhir proses,kalau nak siring/keluarkan minyak lebih sebelum simpan pun boleh.Minyak dia tu sedap kalau buat tumis bahan kisar mee goreng,nasi goreng.

Memang sedap betul resepi sambal petai asam tempe ikan talang ni. Premium sungguh. Kami makan dengan ikan tilapia goreng. Aduhh puas hati. Pelbagai rasa dia.

4- Bahan yang digoreng lebih sedap jika anda tumbuk atau gesek. Tapi kalau malas, boleh je buat seperti kami. Masukkan dalam food chopper dan kisar 90% halus.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas resepi sambal petai ikan talang dan tempe ini ya.

Bahan Resepi Sambal Petai Tempe Premium :

  • 4 tangkai cili besar
  • 10 cili padi Thai Merah ( lebihkan jika mahu pedas )
  • 1 batang daun ketumbar termasuk akar
  • 2 1/2 sudu makan ikan masin talang
  • 1 genggam petai
  • 1 genggam tempe yang digoreng terlebih dahulu
  • 2 sudu makan campuran asam jeruk kering jika ada
  • 2 batang serai kecil
  • 5 ulas kecil bawang putih
  • 1 1/2 bawang merah saiz besar sikit dari bola pingpong
  • 1 biji tamato
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu makan serbuk perasa
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis

Memang sedap betul resepi sambal petai asam tempe ikan talang ni. Premium sungguh. Kami makan dengan ikan tilapia goreng. Aduhh puas hati. Pelbagai rasa dia.

Cara Buat Resepi Sambal Petai Tempe Asam Premium :

#1: Sediakan bahan-bahan. Tempe digoreng separuh masak dan goreng asing. Cara potong semua bahan terpulang. Sebabnya nanti kita akan kisar juga.

Goreng layu cili merah, cili thai,serai,lengkuas, buah keras yang diketuk,ikan talang masin,daun dan akar ketumbar dan tomato. Bila dah layu semya, masukkan ke semua bahan ke dalam pengisar atau food chopper.

#2: Kisar 90% hancur tanpa menggunakan sebarang air. Selepas itu tumis semula dan tambah minyak jika perlu. Masukkan petai,1/3 cawan santan pekat dan tempe .Kacau sesekali elak hangus di lapisan bawah sambal.Tambah 1 sudu makan gula perang,1/2 sudu makan serbuk perasa.M

Biarkan pecah minyak 1,2 kali dulu sebelum carik-carikkan asam kering dan masukkan ke dalam sambal. Teruskan masak dengan api kecil biar berulang kali pecah minyak.

Memang sedap betul resepi sambal petai asam tempe ikan talang ni. Premium sungguh. Kami makan dengan ikan tilapia goreng. Aduhh puas hati. Pelbagai rasa dia.

Dah sampai 1 jam 30 minit dan sambal nampak cantik elok, boleh dah tutup api.Keluarkan lebihan minyak dan simpan untuk kegunaan lain.

Sedap sangat resepi sambal petai asam ikan talang ni. Buat cicah ikan goreng, aduiii terbaik. Nanti boleh la anda cuba.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom