Resepi Sambal Sotong Dengan Tips Pekatkan Sambal Tumis

243624
Sedapnya resepi sambal sotong yang pekat camni.Kami berikan tips untuk kurangkan air sotong.Kalau tambah petai lagi sedap dalam sambal tumis sotong kan.

Banyak kali kami dapat pertanyaan cara untuk memasak resepi sambal sotong yang pekat terpalit pada sotong dan warna sambal yang menggiurkan.Jadi kali ini kami akan berikan resepi dan tips untuk anda hasilkan sambal tumis sotong yang betul-betul menawan selera.

Selain daripada sambal tumis sotong, anda boleh hasilkan resepi sambal sotong petai.Memang lagi bertambah sedap dengan aroma petai segar.Masukkan petai di akhir hidangan dan biarkan 2-3 minit sahaja iaitu petai bertukar warna hijau terang.Terus tutup api.Hasilnya anda akan dapat petai yang rangup.

Jangan lupa tengok video tutorial lengkap di bawah. Yang ni versi sambal sotong dengan petai.Terbaik.

Tips untuk hasilkan resepi sambal sotong paling sedap :

1- Untuk kurangkan air sotong, anda goreng kosong sotong tanpa minyak.Biarkan airnya keluar dan biarkan sotong separuh masak.Baru angkat dan toskan air nya.

2- Untuk mendapatkan warna sambal sotong yang cantik, tumis bahan kisar menggunakan minyak yang banyak dan dengan api kecil.Bila dah pecah minyak dan garing,masukkan gula perang untuk cantikkan warna sambal sehingga menjadi merah tua dan kurangkan minyak dengan sendukkan keluar.

3- Jika menggunakan sotong katak , anda boleh masukkan serai yang diketuk atau daun limau purut untuk hilangkan bau hanyir sotong di dalam sambal.

Sambal sotong yang pekat ini memang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih.Kami memang suka sangat letak petai bila masak sotong ni.

Sedapnya resepi sambal sotong yang pekat camni.Kami berikan tips untuk kurangkan air sotong.Kalau tambah petai lagi sedap dalam sambal tumis sotong kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Bakar Berempah Dengan Pes Sambal Istimewa

Bahan Resepi Sambal Sotong Mudah :

  • 600-800 gram sotong
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan halia/bawang merah / bawang putih yang dikisar bersama
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu makan gula perang / gula melaka serbuk
  • 1 keping asam keping
  • Serbuk perasa dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Sambal Sotong Kering :

#1: Bersihkan sotong dan goreng tanpa minyak untuk keluarkan air sotong hingga separuh masak.Angkat dan toskan. Panaskan minyak dan masukkan bawang kisar.Tumis hingga naik bau dan kekuningan.Masukkan cili kisar.Masak hingga pecah minyak dan garing dengan api kecil.

#2: Bila dah pecah minyak, masukkan gula perang bersama asam keping.Biarkan sambal tumis bertukar warna menjadi merah tua.Sesuaikan rasa bersama garam,serbuk perasa.

Sedapnya resepi sambal sotong yang pekat camni.Kami berikan tips untuk kurangkan air sotong.Kalau tambah petai lagi sedap dalam sambal tumis sotong kan.

#3: Masukkan sotong yang ditoskan tadi.Gaul sekejap dan masak lebih kurang 3-5 minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti sotong lembik.Tak sedap.Jika anda nak masukkan petai, boleh masukkan sekali bersama sotong.

Tutup api dan hasilnya resepi sambal sotong anda memang terbaik dari segi rasa dan kepekatan sambal.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

VIDEO TUTORIAL LENGKAP SAMBAL SOTONG PETAI