Sebut sahaja resepi sambal udang, terus terbayang udang-udang besar yang bersalut dengan sambal.Guna pula udang galah atau udang harimau.Memang membuka selera sungguh.Biasanya hidangan menggunakan udang besar ini mudah kita nampak di hari perkahwinan kan.Menu ini dihias cantik di atas meja pengantin.
Baru-baru ini viral udang galah berharga RM1.00 seekor sahaja.Ramai lah suri rumah yang beli.Ingin kami beritahu, udang itu diimport daripada Thailand.Biasanya memakan masa 4-5 hari untuk sampai ke destinasi tapi udang masih kelihatan keras dan segar kan ?
Berhati-hatilah kerana dos pengawet yang digunakan lebih daripada yang dibenarkan.Secara logiknya, mana mungkin isi udang dapat bertahan selama itu jika dos yang digunakan dalam had yang dibenarkan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Bakar Berempah Dengan Pes Sambal Istimewa
Kami ingin beri tips memilih udang segar di pasar :
1- Udang tidak berbau.Hidu dan amati baunya.Jika berbau, walaupun luaran kulit udang elok,tapi isi udang telah pun lembik dan busuk.Nanti rosakkan rasa resepi sambal udang anda.
2- Udang tidak berlendir dan kulit luar masih keras serta kepala tidak tertanggal daripada badannya. Jadi selepas ini jika anda ke pasaraya, boleh amalkan tips ini ya.
Untuk hasilkan resepi sambal tumis udang yang begitu menggiurkan, udang perlu digoreng dahulu separuh masak dalam minyak supaya dapat buang bau hanyir udang. Anda boleh gaul dengan sedikit garam sebelum menggorengnya.
Cara ini dapat jadikan sambal udang lebih sedap dan udang juga kelihatan tidak kecut dan lembik.
Untuk sambal tumisnya pula, rahsianya adalah anda perlu tumis bahan dan cili kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya.Jangan tambahkan air kerana di dalam bahan kisar dah ada air.
Penggunakan gula perang boleh cantikkan warna sambal tumis udang menjadi merah gelap.Memang menggiurkan.Untuk rasa sambal tumis udang yang sedap, utamakan rasa manis sedikit berbanding rasa masin dan masam asam keping.Seeloknya keluarkan terus asam keping selepas siap memasak.
Bahan Resepi Sambal Udang Sedap :
- 600-800 gram udang
- 4 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan halia/bawang merah / bawang putih yang dikisar bersama
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu makan gula perang / gula melaka serbuk
- 1 keping asam keping
- Serbuk perasa dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Resepi Sambal Udang Menawan :
#1: Bersihkan udang dan lumur sedikit garam sebelum di goreng dengan minyak hingga separuh masak.Angkat dan toskan. Panaskan minyak dan masukkan bawang kisar.Tumis hingga naik bau dan kekuningan.Masukkan cili kisar.Masak hingga pecah minyak dan garing dengan api kecil.
#2: Bila dah pecah minyak, masukkan gula perang bersama asam keping.Biarkan sambal tumis bertukar warna menjadi merah tua.Sesuaikan rasa bersama garam,serbuk perasa.
#3: Masukkan udang tadi.Gaul sekejap dan masak lebih kurang 3-5 minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti udang menjadi lembik.Tak sedap.Jika anda nak masukkan petai, boleh masukkan sekali bersama udang tadi.
Jika anda suka bawang besar dalam resepi sambal udang ini, anda boleh goreng dulu hirisan bulat bawang besar hingga layu dan boleh masukkan bersama petai tadi.
Lengkap dan mudah kan resepi sambal tumis udang ini.Tak sabar nak makan dengan nasi putih atau nasi lemak.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom