Resepi Satay Ayam Sedap Best Disertakan Sekali Kuah Kacang

32331
Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli dah

Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak,boleh masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer. Nak makan baru bakar. Senang kan.

Tambahan pula,pada waktu sekarang, ayam tengah murah. Ditempat kami, sekilo ayam RM4 di sini.Jadi memang sesuai untuk dijadikan resepi satay ayam sedap.

Secucuk satay ayam yang sedap mestilah terdiri daripada bahagian isi dan juga sedikit bahagian kulit/lemak. Ini untuk jadikan satay berminyak,basah dan tidak kering. Baru sedap dicicah pula dengan kuah kacang pekat.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Ban Rock Best Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Kami sertakan sekali resepi kuah kacang sedap di bawah ini khas untuk anda. Baikkan kami ? hee

Terima kasih kepada Puan Noorlaili Zainal di atas sumbangan resepi satay ayam sedap yang boleh kami jadikan rujukan untuk buat hidangan nanti. Sedap sangat nampak.

Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli dah

Bahan Resepi Satay Ayam Simple :

  • 1 ekor ayam anggaran berat 1.5 – 1.8kg ( ambil bahagian isi,kulit dan bersihkan serta tos )

Bahan Kisar Satay Ayam:

  • 2 labu bawang besar/holland size besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai

Bahan Perap Satay Ayam:

  • 2 cawan gula
  • 2 sudu teh garam
  • 4 sudu teh kunyit
  • 3 sudu makan jintan manis

Cara Buat Resepi Satay Ayam Mudah :

#1: Siapkan isi ayam seperti yang dah kami beritahu, kisarkan bahan kisar dan sediakan bahan perap. Satukan sekali di dalam bekas besar. Gaul sebati dan perap 30 minit. Pastikan anda tutup permukaan bekas dengan plastik untuk elakkan lalat.

Atau anda boleh perap satay ayam ini dalam peti sejuk dan tutup juga permukaan bekas dengan plastik untuk elakkan terlebih sejuk.Perap 60 minit.

#2: Ambil lidi satay ayam dan cucukan 3 ketul isi ayam bercampur + 1 ketul bahagian kulit/berlemak.

Buat sampai habis dan lebihan bahan perap tadi, campurkan dengan minyak masak. Kita akan gunakan untuk direnjis di atas satay ayam ketika dibakar nanti untuk dapatkan aroma satay yang lebih sedap lagi.

Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli dah

Dah siap resepi satay ayam sedap, kita tengok pula resepi kuah kacang. Seeloknya kuah kacang anda buat semalaman. Kenapa ?

Untuk lebih rasa sedap dia. Tapi kalau buat 1-2 jam awal pun tiada masalah.

Bahan Resepi Kuah Kacang Satay Ayam

  • 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
  • 500-600 gram gula kastor
  • 200 gram gula melaka/gula merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 setengah sudu teh garam halus
  • 3 biji bawang merah besar saiz 50 sen lama lebarnya *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 4 btg serai *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1.5L-2.0L air
  • 3 senduk cili kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu makan asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air

Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli dah

Cara Penyediaan Kuah Kacang Simple :

#1: Untuk penyediaan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng kacang tu, kisar dengan air .Jangan habiskan terus 2 liter tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu kisar.Nanti baki air kita tambah kemudian. Udang kering ditumbur lumat. Serai tadi diketuk dan dikisar bersama bahan bertanda *.Bila dah siap semua proses ni baru senang.

#2: Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk tadi.Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar.Biar pecah minyak dulu barulah masukkan kacang tanah yang dikisar tadi dengan air.Guna api sederhana kecil je

#3: Tambah air asam jawa,gula putih gula perang,garam dan air 0.5l lagi . Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali.Kalau nampak pekat sangat,tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua.So jadi kita guna 2.0 liter.

#4: Masak ni dalam 1 jam -2 jam sebab guna api kecil je.Biar kan kuah kacang bertukar warna gelap, nampak berminyak di permukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih terkurang,sesuaikan rasa buat kali terakhir.

Dah cukup lengkap semua. Selamat mencuba buat anda.

Memang sedap la resepi satay ayam yang akan kami berikan ini. Siap dengan kuah kacang sekali. Boleh la buat kalau rasa nak makan. Tak payah beli dah

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom