Resepi scone yang akan kami berikan di bawah ini sememangnya menjadi pilihan mereka yang mahukan resepi senang dan kalis gagal. Buat scone lepas tu cicah dengan jem strawberi. Memang sedap.
Mengimbau kenangan pergi bercuti di Cameron Highland kan. Kalau sebelum ni anda suka pergi ke sana dan sekarang terpaksa berhenti seketika akibat virus Covid 19, takpe. Tetap boleh makan scone yang sedap di rumah anda sendiri.
Kalau anda nak resepi scone yang kosong pun boleh. Tak perlu letak apa-apa.Kalau nak lebih sedap, masukkan kismis ke, choc chip ke, cranberry kering ke dalam adunan scone.Memang sedap.
Terima kasih kepada Puan Qurratuaini Nazori di atas sumbangan resepi scone. Boleh kami cuba selepas ini.
Bahan Resepi Scone Mudah :
- 500 gram self raising flour ( tepung naik sendiri )
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 50 gram gula castor
- 100 gram dried cranberry or kismis or choc chips
- 110 gram pure butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- 300 ml full cream milk
Cara Buat Resepi Scone Sedap :
#1: Di dalam bekas, satukan semua bahan kering dan gaul menggunakan tangan sahaja sehingga semua sebati. Barulah masukkan susu dan esen vanilla. Adun doh hingga adunan menjadi seakan-akan doh biskut.
Canaikan atau gelekkan doh dengan ketebalan hampir 1 cm dan tekap bentuk bulat. Anda boleh gunakan penekap yang sesuai. Gelas tak sesuai sebab permukaan yang besar.
Secara purata, 1 aduanan di atas boleh hasilkan 14 biji scones. Dah cukup sangat dah untuk anda dan keluarga makan kan.
#2: Adunan yang ditekap tadi disapu permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream. Untuk lagi sedap dan lembab. Kalau nak sapu kuning telur sahaja pun boleh tiada masalah. Sementara tu , panaskan oven pada suhu 190’C selama 10 minit.
Bakar scone pada suhu 180’C selama 13-15 minit mengguankan api atas bawah. Masa pembakaran sedikit berbeza mengikut jenis oven.
Bila dah masak, boleh la enjoy makan scone dengan whipped cream dan strawberi jem atau mana-mana pilihan anda. Selamat mencuba resepi scone sedap ini.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom