Resepi Seri Kaya Homemade Tahan Lama.Jauh Lagi Sedap Dari Beli

189211
Memang best resepi seri kaya homemade asli ni.Selain rasanya yang sedap, lepas tu dapat banyak dan takde guna pengawet apa-apa. Best kan.Nanti boleh buat.

Kalau sebelum ni kita asyik beli je seri kaya bila nak makan dengan roti atau biskut kan. Tak berapa lemak rasanya dan manis je.Jadi hari ini kami nak berikan resepi seri kaya yang sangat mudah dan senang untuk anda buat.

Nama seri kaya ni ada macam-macam panggilan. Ada orang panggil sekaya, ada panggil kaya ,ada panggil jem kaya tapi ianya sama je. Yang penting bahan utama resepi seri kaya ini ialah santan, telur dan juga gula. Sebenarnya maksud kaya ini bukan orang berduit tapi sejenis jem yang pekat dan manis.

Sangat sesuai untuk disapu dengan roti bakar.Pernah dengar roti titab yang popular di Kopitiam Kita di Kelantan ? Ianya adalah sejenis menu roti bakar yang diketakkan kaya di hujung permukaan dengan telur yang dimasak hampir masak dengan kuning telurnya masih cair.

BACA DI LINK BARU : Resepi Pancake Milo Senang Tapi Sedap Untuk Sarapan Anak-Anak

Terima kasih kepada Puan Imah Rahman yang sudi berkongsi resepi seri kaya homemade ini yang dicuba daripada resepi asal oleh Tuan Mamak Haji. Kalau anda nak belajar masakan mamak, boleh follow Tuan Mamak Haji di fb beliau.

Untuk sukatan tepat dan betul, gunakan cawan penyukat metrik ya. Banyak dijual di bakeri atau pasaraya. Yang sukatan 250ml.

Memang best resepi seri kaya homemade asli ni.Selain rasanya yang sedap, lepas tu dapat banyak dan takde guna pengawet apa-apa. Best kan.Nanti boleh buat.

Bahan Resepi Seri Kaya Homemade Mudah :

Bahan A :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Cairkan gula di dalam periuk atau kuali leper. Biarkan ianya mencair perlahan dan jangan kacau. Kita akan buat gula hangus. Guna api sederhana sahaja untuk elakkan daripada gula hangit. Bila dah mencair semua, tutup api seketika dan masukkan air panas.Hati-hati takut terpercik ke bahagian badan. Kacau sebati dan buka api semula hingga betul-betul larut.Tutup api dan ketepikan seketika.

Bahan B :

  • 3 biji telur ayam gred B
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla atau boleh diganti dengan daun pandan
  • Secubit garam jika mahu

Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga semua bahan hancur terutama gula. Senang kan.

Bahan C : 

  • 200 ml santan pekat .Lagi sedap guna santan segar
  • 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikti air.

Campurkan tepung jagung yang siap dibancuh ke dalam santan pekat.

Memang best resepi seri kaya homemade asli ni.Selain rasanya yang sedap, lepas tu dapat banyak dan takde guna pengawet apa-apa. Best kan.Nanti boleh buat.

Ok semua bahan untuk resepi seri kaya telah kita sediakan, masa untuk campurkan semua bagi hasilkan seri kaya yang sedap ni.

Panaskan gula karamel tadi dengan api sederhana kecil.Masukkan Bahan B iaitu bahan blender dan kacau sebati. Tambahkan pula Bahan C dan kacau hingga pekat dan berkilat.Untuk step ni sentiasa kacau untuk elakkan bahagian bawah hangit ya. Guna api sederhana kecil je. Bila dah nampak pekat dan likat tu, boleh la tutup api dan sejukkan seri kaya sebelum disimpan.

Masukkan dalam botol kaca yang dah dibasuh dengan air panas atau bekas plastik, lepas tu simpan dalam peti. Insyaallah boleh tahan selama 2 minggu .

Dah lengkap dah kami berikan resepi seri kaya ni.Boleh la buat stok lepas ni kan. Senang dan mudah