Resepi Seri Muka Durian Sukatan Cawan Best Sangat.Wajib Cuba

15538
Kami berikan resepi seri muka durian yang best sangat. Insyaaallah sedap berbaloi-baloi untuk anda cuba.Elok sangatlah musim durian sekarang ni kan. Sedap

Semalam kami dah bagi talam durian, hari ini kami nak berikan anda resepi seri muka durian pula memandangankan sekarang musim durian kan. Sama ada anda nak guna durian kampung atau durian Musang King, IOI,D24,Udang Merah, terpulang sebab anda yang nak makan kan.hee

Apa beza kuih talam dan kuih seri muka ? Yang ketara adalah pada lapisan bawahnya. Kalau kuih talam, ianya menggunakan tepung dan seri muka pula ianya menggunakan pulut yang dikukus sebagai lapisan bawah ya.

Nak buat resepi seri muka durian yang sedap, mestilah kena ikut tips yang kami berikan ini. Best kan.

1- Rendam beras pulut untuk cepat kembang waktu dimasak. Nak sedap guna beras pulut susu.

2- Kalau guna acuan lompang besar seperti resepi ini, oles minyak ya untuk mudah dikeluarkan. Kalau guna bekas besar,anda boleh lapik permukaan dengan plastik tahan panas atau oles minyak juga.Senang seri muka durian anda nak dikeluarkan. Ingat, keluarkan pada waktu dia dah sejuk ea.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dengan Air Kelapa. Best Sangat

3- Pastikan penutup pengukus anda dibalut dengan tuala untuk elak air menitik ke atas permukaan. Potong kuih seri muka dengan pisau plastik untuk dapat potongan kemas.

Terima kasih kepada Puan Noraslinda Md Radzhi atas resepi seri muka durian yang sangat sedap ni. Kalau anda mahu menempah, boleh ke fb Puan dengan nama di atas ya.

Nak tengok versi kaki durian macam kami Dari Dapur ni, boleh tengok video tutorial di bawah.heee 

Kami berikan resepi seri muka durian yang best sangat. Insyaaallah sedap berbaloi-baloi untuk anda cuba.Elok sangatlah musim durian sekarang ni kan. Sedap

Bahan Resepi Seri Muka Durian Sukatan Cawan :

Untuk sukatan, gunakan cawan penyukat 250ml ya.

Lapisan Bawah Seri Muka :

  • 2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam )
  • 2 cawan santan pekat/kotak
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam

Selepas direndam ,toskan. Masuk semua bahan dalam loyang pengukus dan kukus sekitar 30-35minit atau sehingga beras pulut anda masak. Ketepikan seketika.

Bahan Lapisan Atas Kuih Seri Muka Durian :

  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makn tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • Pewarna kuning 2-3 titik

Cara Buat Resepi Seri Muka Durian Sedap :

#1: Masukkan semua bahan dalam pengisar makanan. Buat 2 kali jika bekas pengisar kecil.Kisar hingga sebati. Tuang dalam periuk dan buka api kecil. Masak hingga mula naik wap atau asap dah kelihatan lepas kacau,cukup la tu.

Pulut tadi masukkan dalam acuan lompang yang dah dioles minyak. Tekan-tekan pulut biar padat dalam acuan,cakar dengan pengcukil gigi dan baru tuang lapisan atas ni.

Fungsi cakar lapisan pulut adalah untuk bagi melekat . Kukus 10 minit pertama dengan api besar dan 5 minit lagi dengan api sederhana.

Kami berikan resepi seri muka durian yang best sangat. Insyaaallah sedap berbaloi-baloi untuk anda cuba.Elok sangatlah musim durian sekarang ni kan. Sedap

#2: Kalau tak nak guna acuan, nak guna loyang, lepas dah lapik plastik atau oleh minyak tu, sama juga masukkan pulut dan padatkan. Cakar sikit dengan garpu dan tuang lapisan atas seri muka durian ni.Kukus 30 minit dengan api sederhana. Buka penutup lepas tu sambung kukus lagi sekitar 5 minit untuk keringkan lapisan atas.

Dah masak, sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik bagi cantik. Setiap kali potong,lap dengan tisu,sapu minyak sikit dan lap balik. Baru sambung potong kuih seri muka.Dah siap dah resepi seri muka durian ni. Selamat mencuba tau. Tips lengkap kami bagi.

VIDEO TUTORIAL VERSI DARI DAPUR :