Lama dah kami mencari resepi serunding kelapa yang sedap seperti ini.Memang sangat nostalgia waktu kecil dahulu, makan pulut dengan sambal serunding kelapa ni.Buat sebagai inti dalam pulut panggang pun sedap.
Lain benar rasa dari yang dibeli. Yerlah, kalau beli, bila fikir nak untung juga,terpaksa lah guna bahan apa yang ada dan minimakan kos kan. Tapi kalau nak buat sendiri, resepi serunding kelapa seperti ini memang harus dicuba sendiri.
Guna kelapa parut yang diambil lapisan putihnya sahaja untuk dapatkan rasa lemak lebih. Kalau nak jual, memang sampai ke kulit la dimesinnya.Tapi memang itu lumrah kan, tambah dengan bahan mahal sekarang.
BACA DI LINK BARU : Resepi Ketupat Sotong Kelantan Dan Terengganu Kesukaan Anda
Satu lagi bahan utama yang meemberi rasa utama kepada resepi serunding kelapa ini adalah penggunaan udang geragau. Seeloknya, gunakan udang geragau dari gred yang tinggi. Dimana udang ini lebih segar dan juga bersih daripada kotoran laut dan juga kurang berbau. Berbaloi untuk buat dimakan bersama ahli keluarga walaupun mahal sikit.
Banyak kegunaan resepi serunding kelapa ini. Nak makan dengan pulut yang ditanak atau buat inti pulut panggang, makan dengan nasi impit, malah boleh sapu kat roti. Best kan.
Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Mariana Zainal kerana sudi berkongsi resepi serunding kelapa pada kita semua. Untuk yang nak belajar pjj kek pisang,biskut boleh ke fb Puan Mariana.
Bahan Resepi Serunding Kelapa Asli :
- 2 biji kelapa parut ambil lapisan putih
- 5 sudu makan membukit udang geragau kering(basuh dan perah)
- 4-5 sudu makan gula ikut citarasa
- 2 sudu teh garam halus
- 1/2 cawan air asam jawa cair
- 1 cawan air
- 1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
- Bahan perasa jika perlu
- 4-5 helai daun limau purut jika mahu
Bahan Kisar :
- 15-20 tangkai cili kering rebus
- 4 biji bawang merah India saiz bola pingpong
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu makan biji ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 6 batang serai saiz sederhana
- 1/2 inci halia
- 1/3 inci lengkuas
Kisar semua bahan ini hingga halus dan tambahkan lagi 2 sudu makan jintan manis tapi yang ditumbuk kasar dengan lesung batu. Baru sedap rasa dalam mulut
Cara Buat Resepi Serunding Kelapa :
#1: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah kekuningan naik bau.Perasakan dengan gula,garam serta daun limau purut untuk lagi bertambah wangi.Masukkan pula udang geragau gred A tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
Proses ini penting untuk menjamin ketahanan sambal serunding kelapa.
#2: Bila dah kering elok, tambahkan air dan kelapa parut. Pastikan api kecil je nanti hangus.Masak hingga serunding kelapa kering dan bertukar warna. Memang lama berjam tapi bukan sentiasa kacau. Biarkan je dia main api kecil,sesekali kacau.
Bila dah nampak kering semua elok, cuba rasa dan tambah apa yang patut ikut pilihan citarasa. Bila dah okey, tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Nak makan dengan pulut, senang je. Rendam beras pulut 2 jam dan tanak macam biasa. Tambahkan minyak untuk pulut menjadi cantik. Baru kepalkan bila dah masak dan salut dengan serunding kelapa ni.
Jadilah pulut serunding kelapa. Senang je kan. Selamat mencuba lah resepi serunding kelapa homemade ni. Berbaloi betul tau.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom