Resepi Singgang Daging Kelantan Campur Tulang Gearbox .Fuhhhh Best

15470
Kami berikan resepi singgang daging Kelantan untuk anda cuba.Nak guna daging sahaja atau nak lagi sedap, guna tulang gearbox untuk bagi air tulang turun.Terbaik

Resepi singgang daging memang popular di Pantai Timur terutama di Kelantan atau Terengganu. Oleh kerana penduduk dua negeri ini banyak berhijrah ke bandar besar, maka lauk singgang pun turut berhijrah dan mengalami perubahan mengikut  cara masak setempat. Maka lahirlah perbagai versi singgang daging ni.

Biasanya di Kelantan, resepi singgang daging ini banyak disediakan pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban. Penduduk yang mengambil bahagian Qorban biasanya menjemput penduduk kampung sekitar untuk makan di rumah nya selain memberi kepada fakir miskin dalam bentuk daging mentah.

Daging, tulang rusuk, tulang gearbox direneh  dalam satu periuk besar bersama-sama dengan hirisan bawang merah,lengkuas dan bahan lain sehingga semua lembut bagi menghasilkan kuah singgang yang sedap dan cukup rasa. Lepas tu dimakan pula dengan ulam-ulaman, budu serta lauk lain. Aduh memang sedap.

Untung kita sekarang, nak buat resepi singgang daging yang lembut bersama isi tulang gearbox dah tak susah di rumah sendiri.Ada pilihan nak guna periuk bertekanan tinggi ( pressure cooker ) atau masak seperti biasa. Untuk singgang tulang gearbox ni, masa diambil sekitar 1 jam 30 minit dan hasilnya memang berpuas hati Daging isi tulang lembut dan mudah ditarik.

BACA DI LINK BARU : 3 Resepi Biskut Raya Moden Sedap Yang Boleh Anda Cuba Tahun Ini

Kalau guna periuk biasa, anda reneh je dengan api kecil sekitar 3 jam 30 minit.

Jadi kalau anda sebelum ini hanya makan singgang ikan kembung ke ikan tongkol, lepas ni boleh la cupa resepi singgang Kelantan ni. Memang terbaik lah. Jom kita tengok resepi dan cara penyediaannya. Ini untuk kuantiti sepotong kaki lembu+ daging dalam anggaran 500 gram ya.

Bahan Resepi Singgang Daging Kelantan :

  • 2 1/2  ulas bawang merah india saiz bola pingpong
  • 80-100 gram lengkuas dihiris kepingan besar dan diketuk lembut
  • 3 keping asam keping
  • 3 tangkai cil burung
  • 1/4 ketul gula melaka kerek ( boleh guna gula putih jika tiada )
  • 3 tangkai cili kering gemuk dipotong dan dibersihkan.Kemudian tumbuk bersama 1 sudu teh lada hitam biji.
  • 2 sudu teh garam atau secukupnya
  • 1/2 sudu makan serbuk perasa
  • 1.5-1.8 liter air

Cara Masak Resepi Singgang Daging Tulang Gearbox :

#1: Basuh bersih daging yang siap dipotong dan tulang gearbox.Pastikan air darah dah tiada. Siapkan bahan-bahan singgang seperti di atas.Lengkuas diketuk untuk bagi lagi terasa di dalam kuah singgang.

Kami berikan resepi singgang daging Kelantan untuk anda cuba.Nak guna daging sahaja atau nak lagi sedap, guna tulang gearbox untuk bagi air tulang turun.Terbaik

Masukkan dalam pressure cooker semua bahan kecuali serbuk perasa dan 1 sudu teh garam. Kira masukkan 1 sudu teh dulu.Tekan kepada fungsi beef/tendon dan ubah minit kepada maksima 60 minit.Bila dah capai 60 minit, tekan lagi tambahkan 30 minit. Lepas tu baru tambahkan garam dan perasakan dengan serbuk perasa serta ubah suai ikut selera anda.

#2: Kalau guna periuk biasa, sama juga masukkan semua bahan dalam periuk kecuali baki garam dan serbuk perasa.Tutup periuk dan guna api sederhana besar hingga mendidih kali pertama.Baru kecilkan api dan biarkan ia mereneh. Kalau air menjadi kurang, tambahkan sedikit air. Dalam 3 jam 30 minit siap la lembut isi tulang gearbox tu. Tapi jika guna daging sahaja , 1 jam 45 minit dah lembut dah.

Kuncinya untuk masakan singgang ni, reneh perlahan. Jangan guna api besar.

Memang berbeza rasa singgang daging dengan singgang daging tulang gearbox ni walau guna bahan resepi yang sama.Kenapa ?

Sebab bila mereneh singgang tulang gearbox, air hasilkan renehan tulang kaki ni akan turun meresap masuk dalam kuah. Lagi padu rasa dia. Lepas tu lagi, bahagian sumsum tulang pun turun dalam kuah. Alaa yang dalam tulang nampak putih-putih tu.Hirup yang tu memang terbaik.

Kami berikan resepi singgang daging Kelantan untuk anda cuba.Nak guna daging sahaja atau nak lagi sedap, guna tulang gearbox untuk bagi air tulang turun.Terbaik

Jadi antara tips yang boleh anda buat, kalau nak singgang daging, pastikan masukkan seketul dua tulang untuk dapatkan air tulang. Kalau anda dah guna tulang rusuk, tak payah dah letak tulang gearbox ni.

Dah siap dah resepi singgang daging Kelantan untuk anda cuba. Memang best sangat dan berbaloi baloi untuk dicuba. Makan dengan telur dadar goreng rangup, ulam-ulaman serta budu tempoyak, memang wajib bertambah nasi. Sedap dimakan bila hidangan singgang ni panas.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom