Resepi Sotong Celup Tepung Best. Tepung Melekat Elok Dengan Tips Ini!

4934
Kami nak berikan resepi sotong celup tepung special untuk anda. Yerlah, di zaman Covid 19 melanda ni, baik semuanya kita buat sendiri kan. Sedap pun sedap

Kami nak berikan resepi sotong celup tepung special untuk anda. Yerlah, di zaman Covid 19 melanda ni, nak pergi makan sotong di tempat yang ramai orang pun rasa serba salah juga.

Baik duduk di rumabh, beli sotong segar dan lepas tu buat sendiri. Senang sangat jika anda ikut tips yang kami sediakan kan.

1- Pilih sotong yang segar untuk elakkan dari berbau, gorengan mengecut. Cara nak pilih sotong yang segar adalah dengan cara tengok badan sotong sama ada masih tegap, lepas itu isi pejal tak lembik dan hidu satu,kalau tiada apa-apa bau, boleh diambil.

BACA DI LINK BARU : Resepi Risoles Ayam Yang Best . Cicah Pencicah Syokk Habis

2- Salah satu tips lagi, selepas potong dan basuh sotong, toskan dan selepas itu, ambil 1 sudu makan cuka makan untuk nisbah 1 kilogram sotong. Gaulkan dan biarkan 10 minit. Ini tujuan untuk kecutkan lagi sotong dan keluarkan air sotong.

Baru goreng cantik.

Terima kasih kepada Puan Nurul Faidha di atas sumbangan resepi sotong celup tepung ini. Boleh lah dicuba bila asyik duduk rumah je kan.

Bahan Resepi Sotong Celup Tepung Ala Terengganu :

  • 1 kilogram sotong
  • 2 biji telur ayam gred B
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung bestari
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh black pepper

Cara Buat Resepi Sotong Celup Tepung Sedap :

#1: Bersihkan sotong, buang dakwat hitam dari dalam badan dan barulah dihiris sedikit tebal. Jangan nipis nanti asyik terasa tepung je. Tak rasa sotong.

Bersihkan dan toskan sotong.Lap dengan tisu dapur. Barulah masuk ke dalam bekas dan masukkan 1 sudu makan cuka makan. Gaul rata dan perap selama 10 minit.

Kami nak berikan resepi sotong celup tepung special untuk anda. Yerlah, di zaman Covid 19 melanda ni, baik semuanya kita buat sendiri kan. Sedap pun sedap

#2: Sediakan tepung ubi,jagung,tepung bestari, garam dan lada hitam. Masukkan dalam 1 bekas dan kacau sebati.

Telur pula sediakan dalam bekas lain. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali pada api sederhana besar.

Sotong yang diperap tadi sekali lagi di lap dengan tisu makan dan barulah dicelup ke dalam telur, lepas itu dilumur dengan tepung, dan ulang sekali lagi proses ini. Ke dalam telur semula dan dilumur tepung sebelum masukkan terus ke dalam kuali.

Goreng hingga tepung kekuningan pada api sederhana. Boleh diangkat bila nampak cantik kuning.

Dah siap resepi sotong celup tepung terbaikk.

Kami nak berikan resepi sotong celup tepung special untuk anda. Yerlah, di zaman Covid 19 melanda ni, baik semuanya kita buat sendiri kan. Sedap pun sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom