Masakan resepi sotong masak hitam ini sangat terkenal di kawasan Pantai Timur Malaysia terutama di Kelantam Masakan ini mempunyai penggemar yang tersendiri termasuklah saya. Tapi baru-baru ini ada yang menyoal apakah hukum dalam Islam apabila memakan dakwat sotong atau pasi sotong. Mari kita baca jawapan pada persoalan yang ditanya.
Hukum Memakan Sotong dan Pasinya
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu buruan (haiwan) laut”
Tarjih
Setelah melihat kepada pandangan ulama, kami lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya memandangkan ia sebahagian hidupan laut sebagaimana umum nas yang dinyatakan tadi. Dalam konteks pasi sotong, ia didapati sebahagian daripada anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya. Ini kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya, maka ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut:
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يقوم الدليل على تحريمه
Maksudnya: “Asal pada sesuatu adalah harus sehingglah terdapatnya dalil yang mengharamkannya”.
Justeru, masakan sotong berserta pasinya juga merupakan sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
العادة محكمة
Maksudnya: “Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum”
Oleh itu, dengan mengambilkira faktor ini, memakan pasi sotong bukanlah merupakan sesuatu yang kotor dan menjijikan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima oleh masyarakat yang lain. Sumber : Mufti Wliayah Persekutuan
Jadi, anda semua jangan bimbang ya. Dakwat sotong atau pasi sotong ini boleh dimakan. Mari kita intai resepi sotong masak hitam.
Saya juga ada mencuba Sambal Sotong Masak Merah Dengan Isi Telur Sumbat .Memang sedap sangat. Boleh la anda mencubanya nanti.
Bahan-bahan untuk resepi sotong masak hitam
- 500 gm sotong katak disiang dan dibersihkan
- 1 cm halia diketuk
- 1 sudu teh asam jawa yang diambil airnya
- 2 helai daun limau purut
- ½ labu bawang besar atau holland
- 1-2 kantung dakwat sotong
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
- Sedikit garam gula serbuk perasa
Bahan dikisar atau tumbuk untuk resepi sotong masak hitam.
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara buat resepi sotong masak hitam ini pula :
#1: Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak .Selepas dah elok pecah minyak , masukkan halia , air asam jawa dan juga daun limau purut.Masukkan juga kantung dakwat hitam tu.
#2: Bila dah sebati , sesuaikan rasa dan masuk isi sotong bersama bawang besar yang dipotong bulat.Biarkan sotong masak dan angkat. Siap untuk dihidangkan. Mudah ja kan.
Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>