Resepi Sotong Singgang Ketuk Serai Yang Pasti Membuka Selera

57422
Resepi sotong singgang kelantan ketuk serai

Saya salah seorang penggemar resepi sotong yang dimasak apa sahaja.Sama ada sotong masak singgang , sotong masak hitam , sotong sambal,ketupat sotong yang disumbat pulut atau apa-apa yang berkaitan , pasti bertambah nasinya daripada biasa.

Untuk dapatkan stok sotong di Seremban , ada dua tempat utama yang saya suka pergi. Pertama Pasar Pagi Seremban yang betul-betul di tengah bandar. Hasil lautnya segar tak kiralah sotong , udang , atau ikan. Dekat sini juga boleh dikatakan one stop center sebab ada semua keperluan termasuk sayur daging ayam.Harga nya lebih kurang sama tapi kesegaran di sini berbeza.

Kedua NSK Seremban. Sangat lah besar dan berbaloi untuk pergi. Kalau teringin sotong katak , saya akan beli di sini. Lebih kurang RM 26 sekilo . Kalau untuk resepi sotong ketuk serai ni, saya suka guna sotong dari jenis ini.

Ada dua jenis orang yang suka makan resepi sotong ketuk serai ni. Kuah warna putih dengan kuah warna hitam.Kalau saya, saya suka yang kuah warna hitam dengan masukkan dakwat dia. Apa-apa pun terpulang pada selera kan.Jom tengok resepi nya.

Saya juga ada memasak Sambal Sotong Masak Merah Dengan Isi Telur Sumbat  yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan resepi sotong masak hitam ketuk serai ni terpulang pada kuantiti yang mahu digunakan ya.

  • 8 -10 ekor sotong yang telah dibersihkan.Asingkan kepala dan badan.Kalau sotong katak , dia ada perut yang perlu dibuang
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana dimayang
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 cm halia muda
  • 1 batang serai besar
  • Secukup rasa garam,gula dan serbuk perasa(jika mahu)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji lada jika mahu pedas

Resepi sotong singgang kelantan ketuk serai

Cara memasak sotong masak singgang ini pula sangat senang.

#1: Didihkan bawang merah,bawang putih,serai,halia,asam gelugor.Bila dah mendidih masukkan sotong dan masak sehingga isi sotong mula menjadi putih.Tak perlu dimasak terlalu lama untuk elakkan isi sotong menjadi liat

#2: Perasakan dan masukkan lada jika mahu sedikit pedas. Biasanya sotong masak singgang ini dimakan dengan ulam-ulaman serta budu kalau saya berada di Kelantan.

Untuk lebih sedap dan rasa kuah sotong ketuk serai yang manis , gunakan sotong bersaiz besar.Kalau pada bulan April-Julai, kebiasaan sotong betina akan mempunyai banyak telur. Rasanya yang padat memang buatkan tekak terliur untuk meghirup baki kuah sotong rebus ini.

Selamat mencuba resepi ini. Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.
</>