Sedapnya resepi steamboat yang kami kongsikan ini. Cicah hirisan nipis daging lembu, daging kambing, aneka seafood seperti udang dan sotong serta pelbagai jenis fishball dan meatball buat makan steamboat kan. Berbaloi habis. Nak grill stemboat atau celup dalam kuah sup tomyam yang mendidih dan dicicah dengan sos steamboat,sedap sangat.
Kalau ada anak kecil terutama yang baru dapat kaki atau 4-6 tahun, memang tak best bawa mereka ke restoran stemboat kan.Sebabnya mereka mudah bosan dan mula nak bergerak ke sana ke mari sedangkan makan steamboat perlukan masa dan kena layan slow-slow. Tak berbaloi dengan bayaran RM25-RM35 yang dikenaka untuk seorang dewasa.
BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Celup Tepung Yang Tetap Rangup Walau Ketika Sejuk
Oleh sebab inilah Ben Safwan keluarkan resepi steamboat yang mudah dan bijak untuk dinikmati oleh keluarga kecil mereka. Sekali tengok dah macam dekat kedai buffet steamboat dah.
Buat steamboat di rumah sendiri sambil melayan anak kecil dan tonton Netflix dengan nikmati grill dan celup aneka seafood dan daging, memang mengasyikkan. Tambahan pula daging dihiris nipis-nipis. Ini adalah satu cara untuk hasilkan resepi steamboat sedap.
Untuk senang menghiris daging nipis,anda frozenkan sekejap sekitar 20-30% daging dan barulah senang dihiris nipis dengan pisau tajam. Sedap kan.Untuk melazatkan lagi hidangan buffet steamboat ini, guna 2 sos yang berbeza.
1 sos ialah sos sukiyaki dari Kimball dan 1 lagi sos ialah sos manis Thai. Kedua-dua sos ini anda boleh dapat di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Nsk. Senang tak perlu buang masa buat sos.
Untuk tempat pemanggang dan rebusan, tak perlu nak bazirkan duit beli alat khas. Tapi kita DIY dan berfikir sedikit.Contoh seperti kali ini, gunakan pemanggang ajaib yang dibuka sebelah dan diletakkan periuk tanah untuk celup. Bijak dan jimat kos.Dah guna tutup balik pemanggang ajaib itu.
Bahan Resepi Steamboat Murah :
Ikut kuantiti yang anda mahu sediakan.
- Hirisan daging lembu dan kambing
- Aneka seafood seperti udang,sotong,kerang,tiram
- Mee,bihun, maggi
- Aneka jenis sayur-sayuran jika mahu seperti kangkung,salad,sawi
- Aneka jenis fishball,meatball,jejari ketam dan sebagainya.
Kalau tak habis bahan steamboat ini untuk kali pertama tak perlu risau. Anda packing siap-siap campur semua untuk buat buffet steamboat di lain hari. Frozenkan. Nak makan keluarkan balik satu set sahaja yang ada pelbagai bahan tu.
Untuk resepi steamboat sup :
- 1 liter air
- 1 perencah asam pedas Adabi
- 2 perencah tomyam
- 1 perencah maggi kari
- 2 serai sederhana diketuk
- Daun limau purut
Cara Buat Resepi Stemboat Sup Tomyam :
#1: Didihkan air dulu baru masukkan semua perencah dan semuya bahan. Sesuaikan rasa dengan selera contohnya kalau nak pedas lagi letak cili padi diketuk, nak masam perah asam lagi atau nak pekat, masukkan lagi perencah.
Tiada sukatan tepat sebab selera kita kan berbeza. Jadi boleh buat ikut sesuai rasa.
Bersihkan semua bahan steamboat dan siapkan bahan sos serta kuah celup, dah boleh makan dengan keluarga atau sahabat handai. Best kan ramai-ramai cicah makan steamboat sambil bercerita.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom